Tiga kamera digital mantap Panasonic
Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
PANASONIC Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) menampilkan tiga model Lumix baru di pasaran menerusi DMC-FX180, DMC-FX38 dan DMC-LX3.
Rangkaian kamera digital Panasonic itu dilengkapi sistem penstabilan imej pintar yang disertakan ciri utama iaitu kawalan Auto Pintar (iA) bagi menghasilkan kualiti gambar lebih menarik dengan penetapan mod automatik canggih.
Kamera digital pengguna yang ditawarkan itu juga memiliki enjin pemprosesan imej Venus IV termaju yang mampu merakam gambar dalam pelbagai situasi termasuk di bawah pencahayaan rendah.
Di samping itu, model DMC-FX180 memiliki resolusi sehingga 14.7 megapiksel sementara DMC-FX38 dan DMC-LX3 mempunyai kelebihan 10.1 megapiksel.
Rekaannya yang lebih kompak dan bergaya itu menjadikan ketiga-tiga model terbabit antara kamera bersaiz poket berkemampuan merakam gambar daripada 28, 25 serta 24 milimeter (mm) sudut kelebaran.
>Spesifikasi
PRODUK: Panasonic DMC-FX180
HARGA: RM1,399
RESOLUSI: 14.7 megapiksel
SAIZ PENGESAN: 1/1.72"
ZUM: 3.6x
APERTUR: F2.8 / F9.0 (lebar)
PENSTABIL IMEJ OPTIKAL: MEGA O.I.S. (Auto/Mod1/Mod2)
MEMORI: 50MB (dalaman), kad SD
LCD: 2.7 inci
DIMENSI: 96.7 x 54 x 24.8mm
BERAT: 151g
>Spesifikasi
PRODUK: Panasonic DMC-FX38
HARGA: RM1,299
RESOLUSI: 10.1 megapiksel
SAIZ PENGESAN: 1/2.33"
ZUM: 5x
APERTUR: F2.8 - F8.0 (lebar)
PENSTABIL IMEJ OPTIKAL: MEGA O.I.S. (Auto/Mod1/Mod2)
MEMORI: 50MB (dalaman), kad SD
LCD: 2.5 inci
DIMENSI: 94.7 x 51.9 x 22mm
BERAT: 125g
>Spesifikasi
PRODUK: Panasonic DMC-LX3
HARGA: RM1,799
RESOLUSI: 10.1 megapiksel
SAIZ PENGESAN: 1/1.63"
ZUM: 2.5x
APERTUR: F2.0 - F8.0 (lebar)
PENSTABIL IMEJ OPTIKAL: MEGA O.I.S. (Auto/Mod1/Mod2)
MEMORI: 50MB (dalaman), kad SD
LCD: 3.0 inci
DIMENSI: 108.7 x 59.5 x 27.1mm
BERAT: 290g
|