Kamkorder Panasonic tanpa pita rakaman
TIDAK LAGI perlu menggunakan pita rakaman sebagai medium merekod video menjadi teknologi terkini yang ditawarkan Panasonic apabila memperkenalkan dua kamkorder definisi tinggi (HD) penuh, baru-baru ini.
Dua kamkorder iaitu HDC-SD100 dan Hybrid HDC-HS100 menawarkan storan melalui kad memori SD dan pemacu cakera keras 60 gigabait sebagai asas merakam video.
Kedua-dua peranti ini menggunakan sistem 3MOS yang dibangunkan sendiri Panasonic berasaskan teknologi 3CCD untuk penghasilan warna lebih unggul seterusnya memberikan kualiti imej lebih baik.
Selain menggunakan teknologi lensa Leica, kedua-dua model itu dibantu dengan teknologi yang membenarkan pengguna merakam imej sehingga 25 kerangka sesaat.
Malah, Panasonic turut menyediakan lima mikrofon serta sistem bunyi 5.1 Channel Surround untuk merekod bunyi dengan lebih jelas.
>Spesifikasi
PRODUK: Panasonic HDC-SD100
HARGA: RM3,399
STORAN: SD/SDHC
FORMAT MERAKAM: AVCHD
LENSA: Leica Dicomar
PENGESAN IMEJ: 1/6" MOS
ZUM OPTIKAL: 12x
PENSTABIL IMEJ: Advanced O.I.S
LCD: 2.7 inci
FORMAT AUDIO: Dolby Digital
DIMENSI: 2.5 x 2.8 x 5.4 inci
>Spesifikasi
PRODUK: Panasonic HDC-HS100
HARGA: RM4,299
STORAN: 60 GB HDD, SD/SDHC
FORMAT MERAKAM: AVCHD
LENSA: Leica Dicomar
PENGESAN IMEJ: 1/6" MOS
ZUM OPTIKAL: 12x
PENSTABIL IMEJ: Advanced O.I.S
LCD: 2.7 inci
FORMAT AUDIO: Dolby Digital
DIMENSI: 2.9 x 2.9 x 5.4 inci
|