» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Bebas berkomunikasi dengan Flippo






PEMBEKAL perkhidmatan mudah alih tempatan, Flippo Sdn Bhd memperkenalkan Flippo iaitu perkhidmatan panggilan Internet sebagai penyelesaian alternatif kepada pengguna telefon bimbit.

Pengguna hanya perlu pindah turun perisian antaramuka Flippo secara percuma dan membeli pakej prabayar Flippo untuk merubah komputer peribadi (PC) atau notebook dan telefon bimbit pintar mereka kepada satu alat versatil yang memberikan penjimatan.


Ketua Pegawai Operasinya, Geoffrey Chan, berkata Flippo bukan kad panggilan Internet (iPC) biasa kerana ia mengumpil kelebihan Internet GPRS dan menawarkan pengguna untuk mendapat yang terbaik dalam perkhidmatan komunikasi mudah alih.

“Flippo amat unik kerana kebolehannya beroperasi dengan semua pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Ia juga memberi kebebasan kepada pengguna berkomunikasi menggunakan apa juga peranti komunikasi mudah alih atau PC yang ada keupayaan bersambung ke Internet, WiFi atau GPRS,” katanya.

“Sasaran kami ialah generasi muda atau pengguna yang sering ke luar negara, kerap menggunakan SMS dan sering membuat panggilan ke luar negara. Kepelbagaiannya dapat memenuhi setiap segmen pengguna mudah alih tanpa mengira umur, latar belakang dan kegemaran,” katanya.

Pek permulaan Flippo bernilai RM15, menawarkan kadar IDD dan panggilan domestik yang rendah, di samping tiada caj dikenakan untuk panggilan perayauan antarabangsa dan tanpa komitmen bulanan serta tata syarat pengguna yang minimum.

Pek permulaan itu boleh didapati dengan mudah di kebanyakan kedai telefon bimbit, universiti dan kolej tempatan, kedai serba guna dan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Sementara itu, Flippo merancang memperkenalkan SMS bersuara, panggilan WiFi tanpa had, permainan game online, sistem storan maya dan kandungan multimedia tempatan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker