» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Lebih ramai kunjungi pesta PC






LEBIH 310,000 mengunjungi Pesta PC Pikom 2008 pusingan pertama edisi pertengahan tahun di empat lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sungai Petani dan Mentakap, baru-baru ini.

Sambutan menggalakkan itu sekali gus membuktikan tindak balas positif serta keyakinan pengguna terutama dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.


Pengerusi Jawatankuasa Penganjurnya, Low Wai Sun, berkata peningkatan kuasa membeli terutama dalam sektor komputer peribadi (PC) notebook dan kamera digital menyaksikan beberapa penjual kehabisan stok.

Menurutnya, kira-kira 183,000 mengunjungi pesta di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, manakala 80,000 di Pusat Konvensyen Persada Johor, 36,000 (Sungai Petani, Kedah) dan kira-kira 11,000 (Mentakab, Pahang).

“Kebanyakan pengunjung membeli PC notebook. Ia mungkin disebabkan perkembangan era Internet dan bertambahnya pusat hotspot WiFi yang menawarkan perkhidmatan penyambungan Internet tanpa wayar di seluruh negara.

“Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terdapat 309,900 hotspot di seluruh Malaysia pada suku tahun pertama 2008,” katanya.

Dalam pada itu, kata Low harga PC notebook juga didapati semakin murah serta bertambahnya tahap kesedaran di kalangan masyarakat negara ini hingga berjaya membawa kepada peningkatan jualannya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker