» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro DiGi lantik Huawei bekal 3G






PENYEDIA perkhidmatan telekomunikasi terkemuka negara, DiGi.Com Berhad (DiGi) yang merancang untuk menawarkan perkhidmatan generasi ketiga (3G) awal tahun depan, melantik Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd sebagai vendor untuk menyepadu, memasang dan mengurus rangkaian 3G-nya.

Mengikut perjanjian yang dimeterai, Huawei akan membekalkan perkhidmatan dan perkakasan Rangkaian Teras Paket Bersuis dan Capaian Radio UMTS, serta bertanggungjawab ke atas reka bentuk, membekal, memasang, menyepadu, mengoptimum dan menyelenggara rangkaian fasa pertama.


Bercakap pada majlis tertutup menandatangani perjanjian, Ketua Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, berkata DiGi mencari rakan niaga yang mempunyai nilai daya saing tinggi dalam teknologi serta berkemampuan menyediakan rumusan akhir-ke-akhir untuk rangkaian jalur lebar mudah alih.

Dalam pada itu syarikat terbabit mestilah berada di Malaysia dan mempunyai latar belakang yang terbukti dalam melaksanakan projek 3G di seluruh dunia.

“Kepada DiGi, 3G membuka peluang untuk menambah kapasiti dan kecekapan rangkaian, selain menjadi platform membangunkan perkhidmatan jalur lebar dan perkhidmatan mudah alih termaju dan inovatif berasaskan teknologi terkini Capaian Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA),” katanya.

Menurut Johan, pelaksanaannya kini di lokasi yang mana DiGi akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Malaysia yang mahukan komunikasi mudah alih termaju serta perkhidmatan tanpa wayar terpantas.

“Kami berada di landasan tepat untuk membawa Internet kepada masyarakat Malaysia sama ada untuk capaian menggunakan komputer peribadi (PC) atau telefon bimbit mulai awal tahun depan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker