» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Kualiti laman web meningkat

Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my



LEBIH banyak kementerian dan agensi kerajaan menggunakan portal dan laman web untuk mempromosi, menyedia dan mendapatkan maklum balas dari orang ramai mengenai program serta perkhidmatan yang disediakan.

MSC Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Unit Perancang Pengurusan dan Permodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU) menjalankan penilaian ke atas portal dan laman web terbabit.


Ketua Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata inisiatif itu adalah kesinambungan kepada Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia 2007 yang dilaksanakan bertujuan untuk membantu dalam merubah portal atau laman web terbabit agar lebih mantap dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

Penilaian yang dilakukan pada November 2007 hingga Mac lalu mendapati ada 1,133 portal dan laman web yang menyaksikan peningkatan jumlah berbanding 1,055 pada 2005 dan 903 pada 2004.

Tiga portal dan laman web dianugerahkan perkadaran lima bintang iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sarawak State dan portal myGovernment yang masing-masing mendapat markah antara 80 hingga 100 mata.

“Peningkatan jumlah itu membuktikan kesedaran kepada kepentingan mempromosikan maklumat dan perkhidmatan untuk lebih mudah berkomunikasi dengan orang ramai serta memberi kepuasan dan kemudahan kepada mereka,” katanya.

Menurut Ghazali, penilaian dan penganugerahan itu diharap menggalakkan agensi kerajaan lain untuk membangunkan portal dan laman web dengan tawaran perkhidmatan online yang lebih baik.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker