Dua siri N baru Nokia tingkat kuasa teknologi
Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
NOKIA Malaysia (Nokia), mengumumkan kesediaan telefon pintar berasaskan komputer multimedia terbarunya meningkatkan kuasa teknologi pengguna tempatan menerusi model N85 dan N79.
Model N85 didatangkan dengan set standard baru untuk hiburan mudah alih, permainan dan perkongsian yang ditambah dengan sentuhan paparan skrin OLED 2.6 inci.
Ia membawa pengguna ke peringkat lebih tinggi melalui ciri multimedia yang menggabungkan sistem permainan, foto dan navigasi melalui rangkaian 3.5G Pakej Data Berkelajuan Tinggi (HSDPA) serta WiFi.
Sementara itu, model N79 mengetengahkan perkhidmatan Sistem Kedudukan Global Berpembantu (A-GPS) bagi membantu pengguna bersedia untuk sistem navigasi tidak kira berjalan atau menaiki kenderaan dengan lebih 15 juta 'Point of Interest' (POI) ditawarkan.
Kedua-dua model ini dilengkapi kamera beresolusi lima megapiksel yang dibantu lensa Carl Zeiss serta 'flash' LED bagi rakaman foto yang mengagumkan.
>Spesifikasi
PRODUK: Nokia N85
HARGA: tidak diperoleh
SISTEM: WCDMA 900/1900/2100 (HSDPA), GSM 850/900/1800/1900
ANTARAMUKA PENGGUNA: S60 Edisi ke-3
MEMORI: 74MB (dalaman), kad microSD (sehingga 8GB)
VIDEO: MPEG-4, AVC, WMV, Flash, 3GPP, Real Video
MUZIK: Mp3, AAC, eAAC, eAAC+, WMA
KAMERA: 5 megapiksel
MASA BERBUAL: sehingga 410 minit (GSM)
SAMBUNGAN: WLAN IEEE 802.11b/g, A-GPS
DIMENSI: 103 x 50 x 16mm
BERAT: 128g
>Spesifikasi
PRODUK: Nokia N79
HARGA: tidak diperoleh
SISTEM: WCDMA 900/2100 (HSDPA), GSM 850/1800/1900
ANTARAMUKA PENGGUNA: S60 Edisi ke-3
MEMORI: 50MB (dalaman), kad microSD (sehingga 4GB)
VIDEO: MPEG-4, AVC, WMV, Flash, 3GPP, Real Video
MUZIK: Mp3, AAC, eAAC, eAAC+, WMA
KAMERA: 5 megapiksel
MASA BERBUAL: sehingga 330 minit (GSM)
SAMBUNGAN: WLAN IEEE 802.11b/g, A-GPS
DIMENSI: 110 x 49 x 15mm
BERAT: 97g
|
|