» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Warriors Orochi 2, bolehlah...

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my



HUJUNG minggu kali ini diserikan dengan kehadiran satu game baru yang diterbitkan Koei memaparkan aksi pertarungan zaman dinasti China melalui Warriors Orochi 2.

Game kali ini berkaitan Serpent King Orochi yang menculik Dynasty Warriors dan Samurai Warriors dalam percubaan untuk menguji kekuatannya dengan beberapa bentuk kuasa yang mahu ditonjolkan.


Bagaimanapun, dua hero yang diketengahkan sebagai karektor mampu melawan dengan baik seterusnya memberi kemenangan kepada pasukan dikira pihak baik menentang askar Orochi.

Pasti penat apabila terpaksa menentang pelbagai musuh dalam permainan ini tapi ia mengasyikkan walaupun pada penghujung permainan, ia membuatkan tangan berasa letih seolah-olah bertarung dalam keadaan sebenar.

Ketika Orochi mampu ditewaskan dan bersemadi dalam dunia ghaib berlainan, pasukan jahat lain yang dibentuk merancang idea untuk mengembalikan kebangkitan raja jahat itu.

Di sinilah kemahiran melawan dan strategi amat penting bagi mengelakkan pemain tewas di tangan ratusan musuh ditambah pula kawalan sukar pada butang joystick pada PlayStation2.

Pasukan jahat terbabit kini cuba mencipta sejarah untuk memasukkan idea syaitan ke dunia yang harus dipatahkan sebelum ia terlaksana.

Jalan cerita untuk game ini amat menarik dengan mengembalikan sejarah dinasti Cina beratus tahun dulu dengan karektor Wu, Wei dan Shu selain Samurai Warriors lain mampu memberikan kepuasan jika anda pemain yang berminat untuk bertarung.

Game ini akan memaparkan banyak rahsia Serpent King yang perlu diterokai bagi menewaskan raja jahat itu sebelum berleluasa melalui pelbagai taktik kotor difikirkan.

Selain itu, game ini juga memperkenalkan mod baru berbanding siri sebelumnya iaitu Dream yang menggabungkan pelbagai jalan cerita berlainan dari segmen mod Story.

Di samping itu, ia memperkenalkan permainan interaktif membolehkan dua pemain bertarung yang didatangkan dengan empat set pertarungan lebih mantap serta mendebarkan.

Empat set terbabit termasuk Tag Team yang mana pemain akan menentang musuh secara kombat.

Set kedua iaitu Team Battle System membenarkan pemain mencipta tiga karektor tambahan yang membentuk satu unit menentang musuh secara bergilir mengikut kekuatan tertentu.

Sementara dua lagi set memerlukan pemuliharaan nyawa pemain yang menyimpan 'hidup' mereka melalui Life Meters dan Musou Gauges.

Permainan ini juga memiliki 90 karektor yang boleh ditukar pada bila-bila masa untuk memberikan kemenangan mengikut kesesuaian pemain termasuk karektor diperkenalkan iaitu Samurai Warriors 2 Extreme Legends dan karektor pinjaman lain dari Jepun atau Cina.

Dari segi grafik, kita tidak dapat melihat karektor tiga dimensi (3D) menggunakan platform PS2 namun ia tidaklah sehebat mana ditambah pula suasana yang agak membosankan malah cuaca tidaklah nampak asli.

Walaupun terdapat aksi pertarungan dalam hutan yang tidak membabitkan rekaan bangunan, ia perlu diperlihatkan seolah-olah asli yang tidak didapati dalam permainan ini.

Mimik muka pula kaku seperti bermain permainan online yang boleh didapati di laman web permainan percuma.

Tambahan pula, kesan bunyi menambah kekusutan kerana ia tidak menyediakan audio dengan baik tapi kesemua kelemahan ditutup melalui aksi pertarungan yang hebat dan menggemparkan.



>Info

Tajuk: Warriors Orochi 2

Platform: PlayStation 2 (Juga untuk komputer, Wii, XBox 360)

Genre: Aksi

Tarikh dipasarkan: September 2008

Penerbit: Koei

Dibangun oleh: Omega Force



>Komen

KESELURUHAN: ***

GRAFIK: ***

INOVASI: ***

MESRA PEMAIN: ***

KANDUNGAN:***1/2

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker