» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Maxis tawar Blackberry Bold

Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my



PENYEDIA perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar terbesar negara, Maxis Communications Berhad (Maxis) yang mula memperkenalkan perkhidmatan dan telefon pintar Blackberry sejak 2004, kini maju lebih jauh apabila menampilkan satu lagi pilihan kepada peranti pintar lebih maju iaitu Blackberry Bold yang mula ditawarkan bermula baru-baru ini.

Mengalihkan tumpuan daripada hanya kepada pelanggan korporat dan profesional, Blackberry Bold dengan reka bentuk lebih anggun lagi bergaya, serta asas teknologi terkini, kini turut ditumpukan untuk pasaran pengguna biasa.


Pengurus Besar dan Ketua Produk Enterpris, Bahagian Perniagaan Enterpris, Maxis, Karim Abdul Malik, berkata Maxis memperkenalkan perkhidmatan Blackberry sejak 2004 yang menguasai kira-kira 64 peratus pasaran tempatan, memiliki beberapa model termasuk siri 8700, Pearl 8100, 8820, Curve8300 dan kini, Blackberry Bold 9000.

“Tawaran pelbagai telefon pintar Blackberry itu sebahagian daripada kekuatan kami, paling utama bagi Maxis ialah kualiti perkhidmatan terutama ketika pengguna berada di luar negara. Perkhidmatan perayauan Maxis kini berada di lebih 144 negara di seluruh dunia dan lebih 40 daripadanya memiliki perkhidmatan 3G.”

“Malah, pengguna Blackberry mampu berjimat atas caj perkhidmatan ketika berada di beberapa negara utama yang dikunjungi seperti Singapura, Hong Kong, Australia, India, Thailand dan Korea.

“Pengguna hanya perlu membayar harga kandungan yang dipindah turun sedangkan caj masa berbual sudah diabaikan,” katanya di ibu negara, baru-baru ini.

Mengenai Blackberry Bold, Pengurus Mudah Alih Korporat, Bahagian Perniagaan Enterpris, Maxis, Foo Thien Ming, berkata peranti pintar baru itu memiliki fungsi multimedia penuh justeru, ia kini turut ditumpukan kepada pengguna biasa.

“Ia memiliki fungsi untuk berhibur seperti lagu MP3, video dan game serta antaramuka pengguna yang lebih mesra dan mudah digunakan.

“Selain sokongannya hingga ke rangkaian telekomunikasi HSDPA untuk memberikan kelajuan pindah turun sehingga 3.6Mbps, ia menyokong penyambungan Internet tanpa wayar WiFi – 802.11 a/b/g dan skrin beresolusi lebih tinggi iaitu 480 x 320 piksel yang turut dilengkapi pengesan cahaya dengan tahap kejelasannya boleh dilaraskan secara automatik mengikut persekitaran,” katanya.

Peranti pintar berwarna hitam dengan kemasan perak serta kulit di bahagian belakangnya itu turut dilengkapi aplikasi pemetaan di atas Sistem Kedudukan Global (GPS).

Blackberry menyediakan peta seluruh dunia untuk dipindah turun dengan sistem storan 1GB terbina dalam. Ia juga dilengkapi slot kad memori microSD untuk kapasiti simpanan lebih besar.



>Spesifikasi

PRODUK: Maxis Blackberry Bold 9000

HARGA: Belum ditentukan

PEMPROSES: New Powerhouse 624Mhz

RANGKAIAN: HSDPA/UMTS & 4 gelombang GPRS/EDGE

SKRIN: Half-VGA lebar 480 x 320

ANTARAMUKA: Handheld Software v4.6

PAD KEKUNCI: QWERTY

KAMERA: 2MP dengan lampu kilat

BATERI: 1500mAh

PENYAMBUNGAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g, Bluetooth 2.0, USB 2.0

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker