» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro ICT ada harapan

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


KESERONOKAN menyambut bulan mulia, Ramadan selepas sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 pasti sentiasa terpahat ditambah pula kegembiraan mendengar pengumuman Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat lalu.

KESERONOKAN menyambut bulan mulia, Ramadan selepas sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 pasti sentiasa terpahat ditambah pula kegembiraan mendengar pengumuman Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat lalu.

Dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga tidak terlepas daripada pandangan kerajaan dalam memperkasakan bidang terbabit bagi membentuk masyarakat moden di negara ini.




Antara inti pati Bajet 2009 termasuk:

  • Rebat cukai pendapatan RM350 seorang dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

  • Duti import barangan pengguna dikurangkan daripada 10 hingga 60 peratus kepada lima hingga 30 peratus.

  • Cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat sama seperti kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September.

  • Isi rumah membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu bayar bil berkuat kuasa 1 Oktober hingga akhir 2009.

  • Pengecualian cukai kepada majikan terhadap manfaat dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah pinjaman sehingga RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan, telefon mudah alih serta bil telekomunikasi serta langganan Internet yang dibayar majikan. Nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun diberi ke atas barangan jualan syarikat ditawarkan kepada pekerja dan nilai diskaun ke atas perkhidmatan diniagakan syarikat ditawarkan kepada pekerja dan elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak pekerja.

  • Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan diberi elaun modal dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh setahun.

  • Pengurangan 10 peratus kadar cukai pegangan akhir terhadap pelabur institusi asing daripada 20 peratus pada masa ini dalam usaha meningkatkan pembangunan amanah pelaburan hartanah (Reit) di Malaysia.

  • Menggalakkan tanggungjawab sektor korporat (CSR).

  • Memantapkan kualiti sektor pendidikan.




  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali menyifatkan pembentangan bajet mengalu-alukan pelbagai insentif yang ditawarkan dalam memperkasakan taraf hidup manusia.

    “Bajet itu memfokuskan pembangunan modal insan dan faedah yang banyak ditawarkan kepada perniagaan kecil dan sederhana (SMB),” katanya.

    Menurutnya, ia selaras dengan inisiatif MSC Malaysia yang mahukan pembangunan modal insan dalam membentuk profesional berkeupayaan memajukan program seperti Pembangunan Usahawan MSC Malaysia.

    “Selain itu, Bajet 2009 turut memberikan fokus meningkatkan prasarana di politeknik dan kolej komuniti di negara ini yang seterusnya meningkatkan kemasukan pelajar ke institusi ini,” katanya.

    Katanya, promosi yang dimasukkan dalam bajet berkaitan ICT mampu memastikan lebih 100,000 peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan dapat dipenuhi menjelang 2010.

    Sementara itu, CEO Kumpulan Syarikat Philip Malaysia, Dr Rajah Kumar, menyokong Bajet 2009 sebagai memenuhi permintaan pengguna seperti pengurangan duti import barangan pengguna daripada 10 hingga 60 peratus kepada lima hingga 30 peratus.

    “Secara tidak langsung, ia akan membantu rakyat negara ini mengoptimumkan keperluan dan meningkatkan produktiviti dalam diri masing-masing,” katanya.

    Katanya, bajet ini mampu mengurangkan kos sara hidup dengan meningkatkan peluang berbelanja yang lebih baik pada 2009.

    “Satu lagi inisiatif yang dinyatakan dalam Bajet 2009 berkenaan tenaga efisien turut mampu memberi kesan baik seperti penyelesaian pencahayaan efisien seperti yang ditawarkan Philips,” katanya.

    Bajet ini turut selari dengan fokus kami pada 2009 yang mahu memberikan pengguna di Malaysia produk inovatif yang mementingkan alam sekitar.

    Dalam pada itu, Intel Malaysia mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana membentangkan bajet bertemakan ‘Kerajaan Prihatin’ memfokuskan dalam kemajuan rakyat negara ini.

    Intel juga menyambut baik cadangan kerajaan untuk memberi Elaun Dana Dimajukan ke atas perbelanjaan yang dibangunkan melalui perkakasan ICT dari dua tahun ke satu tahun.

    Pengurus Negara, Jualan dan Pemasaran Intel Malaysia, Ryaz Patel, berkata teknologi perlu berpatutan dan mampu dimiliki seluruh sektor komuniti bagi membantu memajukan bidang digital.

    “Melalui pengurangan kerangka masa untuk menuntut Elaun Dana Dimajukan membolehkan syarikat memulihkan aset teknologi maklumat (IT) bagi memberikan aliran teknologi lebih baik,” kata Patel.

    Intel juga gembira dengan keputusan kerajaan yang memperuntukkan RM14.1 bilion untuk memperbaharui kualiti pendidikan di peringkat tinggi.

    Patel juga memaklumkan Intel masih menunggu insentif bagi mengurangkan kos prasarana termasuk pengurangan duti serta cukai jualan kepada perkakasan jalur lebar yang dilihat mampu meningkatkan penembusan teknologi itu sambil mengurangkan jurang digital di kalangan masyarakat.

    Dengan nada yang sama, syarikat perisian keselamatan, Symantec Corporation turut bersetuju dengan langkah kerajaan dalam meningkatkan program prasarana, latihan dan skil dengan peruntukan RM2.4 bilion dalam memajukan kemudahan terbabit.

    Pengarah Urusannya di Malaysia, Suzie Tan, berkata contoh baik yang didapati dalam komitmen meningkatkan modal insan termasuk cadangan mengurangkan dua kali ganda kos kepada majikan yang menaja pekerja mereka dalam pendidikan lebih tinggi.

    “Ia amat membantu terutama apabila pekerja itu mengambil jurusan berkaitan bidang ICT, elektronik dan sains hayat,” kata Tan.

    Katanya, ia adalah inisiatif penting dalam menyumbang kepada pembentukan pekerja mahir dan berpengetahuan tinggi yang mampu memenuhi keperluan pembangunan dan industri ICT tempatan.

    Pengurangan cukai jalan untuk kenderaan berenjin diesel serta pengecualian duti import serta eksais kenderaan hibrid dijangka membawa perubahan baru kepada pasaran kenderaan sekarang ini.

    Ia juga membuka peluang menjadikan negara ini sebagai hab pemasangan dan pengeluaran kenderaan itu di rantau ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kyoya Kondo, menyokong usaha pengurangan itu dengan beranggapan kenderaan berkuasa diesel secara dasarnya menjimatkan minyak dan mesra alam.

    “Bagi mereka yang sering menggunakan kenderaan itu untuk perjalanan jauh, langkah itu bukan saja dapat menjimatkan penggunaan bahan api, tetapi turut menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dalam jangka panjang,” katanya.

    Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), David Wong Nan Fay, berkata Bajet 2009 dilihat sebagai bajet mesra rakyat, tetapi pada masa sama menawarkan insentif terhad bagi menjana pertumbuhan sektor ICT tempatan.

    Menurut David, walaupun kerajaan membantu meningkatkan pembangunan modal insan di negara ini, sektor ICT masih belum mempunyai program khusus bagi menjana pertumbuhan industri berkenaan.

    Katanya, ia menimbulkan kebimbangan di kalangan penggiat industri apabila negara ini masih berdepan masalah kekurangan pekerja berpengetahuan untuk sektor ICT.



    Apa kata mereka?

    Pengarah Urusan Intel Malaysia, Atul Bhargava

    “ INTEL menyokong langkah kerajaan memperuntukkan RM14.1 bilion di bawah Bajet 2009 bagi memperbaharui kualiti pendidikan di institusi pendidikan tinggi dalam membentuk pekerja mahir bermutu. Selain itu, galakan dalam melaksanakan CSR akan sentiasa kami laksanakan.”



    CEO Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

    “DORONGAN dalam mengurangkan dua kali ganda majikan yang menaja pekerja mereka menyambung pengajian dalam ICT akan menggalakkan ramai bakat baru dalam industri untuk memenuhi kehendak pekerjaan.”



    Pengerusi Pikom, David Wong Nan Fay.

    “SEKTOR ICT masih belum mempunyai program khusus bagi menjana pertumbuhan industri berkenaan walaupun kerajaan membantu meningkatkan pembangunan modal insan di negara ini.”



    Pengarah Urusan Symantec Corporation Malaysia, Suzie Tan.

    “BANTUAN seperti Elaun Dana Dimajukan ke atas perbelanjaan yang dibangunkan melalui perkakasan ICT dari dua tahun ke satu tahun amat digalakkan.”



    Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Kumaran Singaram

    “AMAT penting untuk kerajaan meneruskan sokongan dalam bidang ICT dan kami yakin inisiatif yang ditawarkan membantu meningkatkan produktiviti, memperbaharui efisien dan mempromosikan operasi lebih efektif.”

    Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



    VARIASI

    Dekotaman

    lagi
    santai
    lagi
    itmetro
    lagi
    lagi
    bestari
    lagi
    ekspresi
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker