» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Bas WiFi

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


KETIKA musim perayaan ini, antara pengangkutan utama menghubungkan silaturahim di antara kampung dan bandar tentunya melalui bas ekspres yang digunakan sejak sekian lama.

KETIKA musim perayaan ini, antara pengangkutan utama menghubungkan silaturahim di antara kampung dan bandar tentunya melalui bas ekspres yang digunakan sejak sekian lama.

Walaupun masalah kekurangan pengangkutan sering menjadi buah mulut semua pihak setiap tahun namun ia masih popular di kalangan pengguna.


Kebanyakan bas ekspres hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan semata-mata, ini bermakna pengguna yang naik bermula dari perhentian bas sehingga ke destinasi terhad dari melakukan sebarang aktiviti untuk menghilangkan kebosanan.

Aktiviti yang mampu dilakukan hanyalah tidur sepanjang perjalanan, mujur ada perkakasan teknologi maklumat (IT) terkini seperti pemain MP3, MP4 atau konsol PSP membolehkan kebosanan itu dihapuskan.

Jika dilihat dalam senario kini, kebanyakan pengusaha belum memulakan inisiatif menawarkan perkhidmatan tambahan bagi menarik penumpang yang memilih bas mereka.

Kalau anda memandu bersebelahan bas ekspres di lebuh raya akan dapat menyaksikan penumpang di dalamnya disajikan dengan tayangan video bagi menghilangkan rasa bosan.

Nasib baik terdapat pengusaha bas ekspres yang mampu memahami keperluan penumpang dengan menyediakan perkhidmatan menarik kepada mereka terutama berkaitan IT walaupun destinasinya masih terhad.

Odyssey Prestige Coaches Sdn Bhd menjadi contoh dalam sektor pengangkutan awam di negara ini dengan menyediakan perkhidmatan kelas satu kepada penumpang.

Syarikat yang ditubuhkan lebih setahun lalu oleh pasangan adik-beradik Wan Adlan Rahman dan Wan Hamzah Rahman menyediakan perkhidmatan bas ekspres premium dengan layanan bertaraf lima bintang untuk laluan Kuala Lumpur-Singapura khusus bagi penumpang yang mahukan keselesaan perjalanan.

Perkhidmatan Odyssey semestinya direka khusus bagi penumpang yang mahu mengelak kesulitan menggunakan perkhidmatan penerbangan antara Kuala Lumpur-Singapura memandangkan tempoh perjalanan terbabit mengambil masa keseluruhan hampir empat setengah jam.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Wan Adlan Affendy Wan Abdul Rahman, penggunaan perkhidmatan bas ekspres ke Singapura mengambil masa lima jam manakala perjalanan melalui penerbangan menuntut tempoh empat jam atau empat jam setengah.

“Masa yang diambil melalui tempoh penerbangan hampir menyamai penggunaan bas ekspres namun terdapat kesulitan yang bakal dialami penumpang apabila aktiviti harian berkaitan IT akan terganggu akibat proses penerbangan itu sendiri,” katanya.

Beliau menjelaskan, terdapat penumpang ke Singapura atas urusan kerja yang memerlukan mereka menggunapakai keperluan peranti IT seperti laptop atau pembantu peribadi digital (PDA) berasaskan Internet bagi memudahkan semakan data harian.

“Tapi kebanyakan penumpang mengalami masalah kerana terpaksa menutup peranti mereka sebelum penerbangan atas sebab keselamatan, membukanya kembali dalam penerbangan tapi tiada sambungan internet serta menutupnya kembali sebaik kapal terbang mahu mendarat,” katanya.

Wan Adlan berkata, kesukaran yang dialami penumpang itu bukan atas faktor kelemahan perkhidmatan penerbangan namun faktor keselamatan perlu dititik beratkan menjadi alasan ia terjadi.

“Tapi apabila penumpang menggunakan perkhidmatan bas yang kami sediakan, ia selamat malah tiada lagi keluhan akibat terpaksa membuka atau menutup laptop dan PDA secara kerap,” tambah Wan Adlan.

Syarikat yang bukan saja menawarkan perkhidmatan bas ekspres biasa itu menyediakan pelbagai layanan mewah kepada penumpangnya termasuk televisyen plasma, akses Internet tanpa wayar (WiFi), video atas permintaan, ruang tempat duduk luas, makanan dan minuman serta layanan daripada pramugari setaraf perkhidmatan penerbangan penuh.

Katanya, penyelidikan yang dijalankan syarikat itu mendapati ramai penumpang ke Singapura atas urusan kerja malah ada antara mereka berulang-alik ke negara republik itu sehingga satu atau dua kali seminggu.

“Dalam dunia teknologi yang serba maju ini, penumpang dan laptop atau PDA tidak dapat dipisahkan apatah lagi golongan profesional.

“Golongan inilah melakukan perjalanan yang kerap ke Singapura atas urusan perniagaan dan sebagainya. Oleh sebab itu, masalah remeh seperti mendapatkan sambungan internet secara konsisten perlu diambil kira,” ujar Wan Adlan.

Bertindak atas dasar itu, Odyssey memberikan perkhidmatan terbaik dengan menyediakan sambungan WiFi kepada penumpangnya sebaik mereka menjejak kaki di lobi syarikat itu yang terletak di Bukit Kiara sebelum memulakan perjalanan.

“Apabila penumpang membuka laptop atau PDA mereka di ‘lounge’ yang kami sediakan, mereka akan dapat menyambung rangkaian WiFi secara pantas dan paling menarik, ia takkan terputus walaupun penumpang bergerak ke dalam bas,” jelas Wan Adlan.

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Odyssey itu akan menikmati sambungan WiFi tanpa henti sehingga sempadan Malaysia-Singapura dengan jangkaan hanya satu ‘blind spot’ di Negeri Sembilan.

“Sememangnya lumrah tiada apa kekal sempurna begitu itu juga dengan masalah blind spot yang mana terdapat satu kawasan di Negeri Sembilan akan menyebabkan sambungan terputus namun ia tidak serius dan akan pulih dalam beberapa ketika saja tapi masalah itu akan diatasi tidak lama lagi,” katanya.

Menurut Wan Adlan, masalah terbabit sama sekali tidak mengganggu masa beberapa jam yang mampu dinikmati penumpang membolehkan mereka menyiapkan kerja seperti pembentangan atau memeriksa e-mel sepanjang perjalanan.

Odyssey menyediakan 24 tempat duduk empuk dengan layanan berstatus lima bintang bagi memastikan keselesaan yang mampu ditagih penumpang sepanjang perjalanan.

“Mengikut pengamatan kami, hampir 10 penumpang akan menggunakan laptop ketika tempoh perjalanan menunjukkan sambungan WiFi amat penting bagi memudahkan tugas mereka,” katanya.

Wan Adlan menyatakan, syarikatnya menempah peranti khas yang dipasang di dalam bas iaitu Movera membolehkan sambungan WiFi tanpa terputus walaupun bas berada dalam keadaan bergerak.

“Movera akan menyambungkan rangkaian WiFi di setiap stesen dasar di suatu tempat yang membolehkannya membaca isyarat tanpa memutuskan rangkaian Internet di setiap lokasi,” katanya.

Odyssey menggunakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar Celcom dengan menempah pakej tanpa had bagi memberikan akses Internet yang baik kepada pengguna dan syarikat itu kini giat menjalankan perbincangan bagi membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan WiFi dalam kawasan negara jiran.

“Masalah kos perayauan menjadi agenda utama kami dan kami berusaha untuk berbincang dengan pembekal jalur lebar bagi membolehkan penumpang mendapatkan sambungan walaupun berada di Singapura,” tambah Wan Adlan.

Bukan setakat sambungan WiFi yang mampu dinikmati penumpang Odyssey tapi mereka mampu tersenyum lebar apabila syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan video atas permintaan (VOD) dengan menawarkan beberapa filem aksi sehinggalah animasi.

“Kami faham permintaan penumpang yang mahukan kepelbagaian perkhidmatan memenuhi kehendak mereka dan VOD adalah contoh paling baik memandangkan ia memberikan hiburan terbaik menghilangkan kebosanan,” kata Wan Adlan.

VOD mampu ditonton menggunakan paparan monitor LCD 10.2 inci di setiap tempat duduk penumpang dengan antaramuka ringkas bagi memberi perincian jelas mengenai tatacara penggunaannya.

Bukan itu saja, paparan LCD terbabit menjadi medan kanak-kanak yang menaiki bas untuk bermain permainan digital jika mereka enggan untuk tidur atau mengganggu ibu bapa ketika dalam perjalanan.

Walaupun ketika ini Odyssey hanya memiliki perjalanan Kuala Lumpur - Singapura - Kuala Lumpur namun ia bakal diperkembangkan tidak lama lagi.

“Fasa selanjutnya adalah untuk mengembangkan operasi ke beberapa destinasi lain termasuk Kerteh, Terengganu; Iskandar Malaysia, Johor; Butterworth, Pulau Pinang dan Hatyai, Selatan Thailand,” katanya.

Odyssey bukan satu-satunya syarikat yang menyediakan perkhidmatan WiFi dalam bas malah inisiatif yang diambil pengeluar telefon bimbit terkemuka, Nokia patut dijadikan contoh bagi menjadikan budaya Internet berkembang pesat.

Tahun lalu, Nokia melancarkan 'Nokia WiFi Zone' membolehkan penduduk Singapura menikmati kemudahan Internet di seluruh pulau itu melalui 12 bas yang dilengkapi perkhidmatan terbabit secara percuma.

Bas yang merangkumi perjalanan membabitkan laluan 12, 14, 30, 51, 65, 72, 80, 88, 96, 143, 147 dan 179 memberikan akses kepada penduduk republik itu kepantasan Internet bagi memudahkan mereka berbual 'online', pindah turun muzik, bermain permainan atau membaca e-mel.

Inisiatif yang pertama di Asia Pasifik itu dihasilkan apabila Nokia mendapati pengangkutan awam seperti bas adalah platform penumpang meluangkan masa bersosial, mengesahkan mesyuarat sebelum tiba atau memperoleh berita terkini secara online.

Pengurus Besar Nokia Singapura, Chris Carr, berkata perkakasan mudah alih menjadi platform utama untuk menikmati pengalaman kandungan digital selain mengelakkan kebosanan sepanjang perjalanan.

“Kami lihat inisiatif ini sebagai menghubungkan manusia dengan Internet pada bila-bila masa dengan pelbagai kemudahan aplikasi secara bergerak, permainan mudah alih, muzik digital atau laman web sosial seperti Facebook dan Friendster,” katanya.

Pengguna yang memiliki telefon bimbit siri N seperti N95, N95 8GB, Nokia N80 edisi Internet, N81, N81 8GB, N800, N810 dan siri E termasuk E51, E61, E61i, E65 dan E90 Communicator adalah peranti sesuai untuk mengakses Internet.

Semestinya kemudahan WiFi dalam bas mampu diperluaskan di negara bukan sekadar melalui inisiatif Odyssey atau Nokia kerana ia mampu memberi manfaat kepada pengguna meluangkan masa yang banyak dalam melakukan aktiviti lebih berfaedah selain tidur sepanjang perjalanan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker