» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Intel anjur game pamer keterajuan






‘READY, Set Go!’ menyemarakkan tema Intel kali ini dengan penganjuran pertandingan Intel Asia PC Gaming Showdown di FTZ Asia Net, baru-baru ini.

Pengurus Pemasaran Intel Malaysia, Norhizam Kadir, berkata Intel sentiasa memberi komitmen dalam industri game dengan memperkenalkan pertandingan ini ke peringkat antarabangsa.


“Intel Asia PC Gaming Showdown ini memberi peluang pemain merasai kehebatan pertandingan yang diadakan melalui pemproses Intel Core 2 Extreme.

“Pemproses Intel Core 2 Extreme bukan saja menjanjikan paparan game yang terbaik malah meningkatkan teknologi untuk gambar berdigital, suntingan video dan aplikasi multimedia,” katanya.

Rinie Ramli, pemain dari Lowyat.net memenangi pertandingan anjuran Intel ini.

Beliau akan meneruskan saingan ke peringkat Asia bagi meletakkan kedudukan antara tiga peserta di Asia yang terpilih ke peringkat akhir.

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi dipilih daripada tujuh negara terbabit bakal melengkapi pusingan akhir yang berlangsung di The Peak Tower, Hong Kong bulan depan.

Intel Asia PC Gaming Showdown bertanggungjawab mencungkil bakat pemain game di kalangan media dan pemain amatur yang mewakili negara masing-masing di rantau Asia iaitu India, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker