Telefon bimbit dan raya
Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
 |
HARI ini, detik 1 Syawal tiba dengan umat Islam di seluruh dunia meraikan Aidilfitri penuh kesyukuran sempena me raikan kemenangan dalam ‘peperangan’ ketika Ramadan apabila berjaya melalui cabaran menahan lapar dan dahaga serta keinginan nafsu. |
HARI ini, detik 1 Syawal tiba dengan umat Islam di seluruh dunia meraikan Aidilfitri penuh kesyukuran sempena me raikan kemenangan dalam ‘peperangan’ ketika Ramadan apabila berjaya melalui cabaran menahan lapar dan dahaga serta keinginan nafsu.
Kini tiba masanya mendekatkan yang jauh, merapatkan silaturahim dengan saudara-mara mahupun membina per sahabatan baru apabila berkomunikasi sesama manusia.
Menyentuh persoalan komunikasi, dunia baru yang di hadapi masyarakat setiap hari menidakkan sebarang alasan untuk bermaafan pada pagi raya atau mempelajari sedikit maklumat berkaitan Islam sepanjang musim perayaan.
Tidak kira apa jua medium yang digunakan masyarakat, telefon bimbit menjadi peranti paling dekat untuk berhubung pada musim perayaan berikutan tahap penggunaannya se makin meningkat setiap hari.
Sebut saja telefon bimbit, ia bukan ‘makhluk asing’ bagi penduduk negara ini yang sudah sebati dengan perkakasan terbabit sejak pertumbuhan ekonomi negara melalui tek nologi maklumat dan komunikasi (ICT) beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut rekod pada suku kedua tahun ini yang dikeluarkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) menunjukkan lebih 91 peratus daripada 100 penduduk di negara ini memiliki telefon bimbit. Canggih bukan!
Sejarah telefon yang bermula pada 1876 apabila Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon bagi menghubungkan masyarakat ke seluruh dunia.
Walaupun selepas lebih seabad kematian Bell, perkem bangan penggunaan telefon semakin meluas pesat sehingga memberi manfaat kepada umat Islam itu sendiri.
Pada musim perayaan ini, pengguna boleh memilih telefon dengan fungsi kamera digital sehingga lapan megapiksel, rakaman video, panggilan video, sambungan kepada Internet bagi memudahkan pemiliknya berhubung dan menerima maklumat terkini.
Musim perayaan ini juga menarik perhatian syarikat te lekomunikasi yang menjadi nadi penting dalam kitaran telefon bimbit apabila pantas membuka peluang menyediakan perkhidmatan sempena Aidilfitri.
Maxis Communications Bhd (Maxis), contohnya mena warkan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan mereka sepanjang musim perayaan yang bermula pada awal Ramadan lagi.
Ketua Pegawai Kewangannya, Rossana Rashidi, memak lumkan program khas yang digelar Ikhlas Maxis difokus untuk menemui pelanggan syarikat telekomunikasi itu se panjang bulan puasa sehingga musim perayaan
Aidilfitri.
“Maxis menumpukan usaha dalam berkongsi kegembiraan menyambut perayaan dengan pelanggan kami dengan me nyediakan pelbagai kemudahan bagi memeriahkan suasana,” katanya.
Katanya, Ikhlas Maxis yang dilancarkan pada 3 September 2008 adalah salah satu usaha Maxis untuk berkongsi aspirasi murni dengan pelanggan Maxis beragama Islam.
Menurut Rossana, ia dikhususkan bagi menghayati musim perayaan Aidilfitri dan yang kini disambut umat Islam.
“Kami ikhlas dalam membantu pelanggan kami melak sanakan tanggungjawab mereka sepanjang bulan yang mulia ini dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan,” katanya.
Rossana berkata, perkhidmatan Ikhlas Maxis melalui telefon bimbit itu merangkumi pelbagai kandungan mudah alih.
“Bukan itu saja, Ikhlas Maxis memberikan kandungan berbentuk Islam disalurkan melalui kad memori SD yang mana pelanggan boleh menerima waktu solat, kalkulator zakat, niat solat dan maklumat lain terus ke telefon bimbit,” katanya.
Katanya, Maxis turut menawarkan kandungan agama se perti ‘wallpaper’, muzik dan video yang boleh diperoleh apabila mengunjungi Pusat Maxis dengan Kad SD terbabit dijual pada harga RM15.
Selain itu, Maxis mewujudkan laman web WAP Salam Lebaran yang memungkinkan pelanggan menghantar dan menerima kandungan mudah alih untuk dihantar kepada orang tersayang dari telefon bimbit mereka.
WAP Salam Lebaran adalah laman web pertama yang membawa kandungan mudah alih lebih peribadi menentukan pelanggan membina mesej sendiri dengan memilih ikon daripada pelbagai menu seperti nada dering, klip video dan ‘M-Books’.
Pelanggan Maxis serta Hotlink boleh mengakses WAP Salam Lebaran melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip DAPAT RAYA seterusnya menghantar ke 22020.
Antara kandungan yang didapati termasuk ‘Namaku’ mem benarkan pelanggan merekodkan suara mereka melalui nada dering, ‘Buffet Aidilfitri’ mengandungi 50 wallpaper, 20 nada sebenar, 30 klip video dan 20 M-Books untuk dipindah turun.
Kandungan lain yang boleh diperoleh termasuk ‘Facetalk’ yang mencipta imej animasi pengguna melalui foto diambil dengan telefon bimbit sebelum menukarnya dengan klip video animasi.
Dalam perkembangan lain, Celcom (Malaysia) Bhd (Cel com) juga menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi nada dering, tazkirah, waktu solat dan sebagainya untuk kemudahan pelanggan mereka ketika musim perayaan.
Naib Presiden Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata syarikat itu komited dalam mem berikan nilai tambah kepada pelanggan mereka.
“Sempena perayaan ini, kami banyak memberikan kelebihan kepada pelanggan kami agar kita sama-sama dapat menikmati sambutan yang diraikan,” katanya.
Pelbagai kandungan yang mampu dipindah turun secara online dalam telefon bimbit termasuk nada dering, wallpaper, tazkirah dan sebagainya.
Dalam kategori logo operator, anda juga boleh memindah turun kartun raya, logo raya, balik kampung dan sebagainya yang bertujuan memeriahkan hiasan di skrin telefon anda
Di samping, penggunaan telefon bimbit juga diperluaskan apabila ia menjadi peranti kepada umat Islam di Selangor membayar zakat fitrah menerusi SMS Celcom yang kemudian disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Na jmuddin Abdullah, berkata perkhidmatan terbaru itu di perkenalkan kepada pelanggan Celcom beragama Islam sem pena Ramadan bagi memudahkan mereka membayar zakat fitrah RM5.20 seorang.
“Kemudahan terbuka kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar Celcom itu adalah percuma tanpa caj dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar dan diterima,” katanya.
Manakala DiGi.Com Bhd (DiGi) memberikan ‘hamper raya’ kepada pelanggan mereka apabila menghadiahkan mereka biskut raya percuma sempena musim perayaan ini.
Jika anda pengguna pasca bayar DiGi, anda hanya perlu membawa kupon yang disertakan bersama dengan bil bu lanan anda ke mana-mana pasar raya Carrefour sebelum menebusnya di kaunter.
Tidak dilupakan juga pelanggan prabayar yang menambah kredit minimum RM20 akan menerika resit melalui telefon bimbit sebelum mengikut kaedah sama dengan pelanggan pasca bayar.
Promosi untuk pelanggan DiGi ini sudah bermula 8 Sep tember lalu dan akan berakhir 31 Oktober ini sementara stok masih ada.
Selain itu, DiGi membekalkan pilihan kandungan serta perkhidmatan sempena perayaan dengan menawarkan mak lumat terkini berkaitan trafik kepada pelanggan mereka secara percuma termasuk lebuh raya PLUS, Pantai Ti mur/Karak, KL-Seremban, jambatan Pulau Pinang dan Ling karan Johor Bahru.
Malah syarikat itu turut menyediakan Hari Raya Mobile TV dengan sajian drama Sadiq&Co, Impian Ilyana, TD2, Wira Impian, Dowri, Hilda dan Platform.
Ia ditambah dengan laman web WAP dengan membenarkan pindah turun e-kad raya, perkhidmatan khidmat pesanan multimedia (MMS) serta ucapan raya melalui BubbleTalk.
Sesungguhnya melalui telefon bimbit pun boleh meme riahkan suasana Aidilfitri anda ditambah gelak ketawa sau dara ketika berhubung melaluinya cukup memberikan peng gunanya kenikmatan berhari raya.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
|
|