Pencetak laser berkuasa pelbagai fungsi
Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my
PENERAJU peranti teknologi maklumat (IT) untuk rumah dan perniagaan, Brother International (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan barisan produk pencetak laser pelbagai fungsi Siri 7000 yang menumpukan kepada pengusaha kecil dan pejabat di rumah (SOHO) serta perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
DCP 7030 direka dalam bentuk 'flatbed', sesuai untuk menyalin dan mencetak buku dan dokumen yang nipis berbanding DCP 7040 yang direka dengan fungsi 'automatic document feeder' (ADF) di samping kelajuan mencetak sehingga 22 helai seminit.
Kedua-dua pencetak mempunyai tiga fungsi yang sama sebagai pencetak, pengimbas dan penyalin dokumen.
Berbanding DCP, siri 7000 MFC didatangkan dengan tiga pencetak yang mempunyai fungsi lima dalam satu yang berupaya sebagai pencetak, penyalin, faksimili, pengimbas berwarna dan faksimili terus ke PC.
MFC 7340 didatangkan dengan kemudahan faksimili dan ADF, membolehkan pengguna mencetak dokumen yang penting saja di samping mengelakkan berlakunya pembaziran kertas.
Rekaannya yang menawarkan faksimili Super G3 dan ADF membolehkan kelajuan faksimili mencapai dua saat bagi pencetak MFC 7450.
Manakala MFC 7840N menawarkan keupayaan yang amat sesuai untuk rangkaian pejabat kecil, agar rangkaian pengguna dapat berkongsi keupayaannya di samping Secure Function Lock yang bertanggungjawab menyekat pengguna daripada menggunakan pencetak ini melainkan dengan kebenaran pentadbir.
>Spesifikasi
PRODUK: Brother Mono laser siri 7000 DCP-7030
HARGA: RM 699
KELAJUAN CETAKAN: 22 ppm / 23 ppm saiz A4 dan surat
RESOLUSI CETAKAN: HQ1200 2,400 x 600 dpi, 600 dpi, 300 dpi
MEMORI: 16 MB
ANTARAMUKA: USB 2.0
FUNGSI IMBAS: E-mel, Imej, OCR dan Fail
SISTEM OPERASI: Windows 2000/Server 2003/XP/Vista, Mac OS X 10.2.4 seterusnya
JENIS KATRIJ: TN2130 (1,500 muka surat), TN2150 (2,600 muka surat)
DIMENSI: 428 x 397 x 257 mm
BERAT: 9.9 kg
>Spesifikasi
PRODUK: Brother Mono laser siri 7000 DCP-7040
HARGA: RM 899
KELAJUAN CETAKAN: 22 ppm / 23 ppm saiz A4 dan surat
RESOLUSI CETAKAN: HQ1200 2,400 x 600 dpi, 600 dpi, 300 dpi
MEMORI: 16 MB
ANTARAMUKA: USB 2.0
FUNGSI IMBAS: E-mel, Imej, OCR dan Fail
SISTEM OPERASI: Windows 2000/Server 2003/XP/Vista, Mac OS X 10.2.4 seterusnya
JENIS KATRIJ: TN2130 (1,500 muka surat), TN2150 (2,600 muka surat)
DIMENSI: 428 x 397 x 305 mm
BERAT: 11.1 kg
>Spesifikasi
PRODUK: Brother Mono laser siri 7000 MFC-7340
HARGA: RM 1,099
KELAJUAN CETAKAN: 20 ppm / 21 ppm saiz A4 dan surat
RESOLUSI CETAKAN: HQ1200 2,400 x 600 dpi, 600 dpi, 300 dpi
MEMORI: 16 MB
ANTARAMUKA: USB 2.0
SISTEM OPERASI: Windows 2000/Server 2003/XP/Vista, Mac OS X 10.2.4 seterusnya
FUNGSI IMBAS: E-mel, Imej, OCR dan Fail
KELAJUAN MODEM: 14.1 Kbps
JENIS KATRIJ: TN2130 (1,500 muka surat), TN2150 (2,600 muka surat)
DIMENSI: 428 x 397 x 305 mm
BERAT: 11.1 kg
>Spesifikasi
PRODUK: Brother Mono laser siri 7000 MFC-7450
HARGA: RM 1,299
KELAJUAN CETAKAN: 22 ppm / 23 ppm saiz A4 dan surat
RESOLUSI CETAKAN: HQ1200 2,400 x 600 dpi, 600 dpi, 300 dpi
MEMORI: 32 MB
ANTARAMUKA: USB 2.0
SISTEM OPERASI: Windows 2000/Server 2003/XP/Vista, Mac OS X 10.2.4 seterusnya
FUNGSI IMBAS: E-mel, Imej, OCR dan Fail
KELAJUAN MODEM: 33.6 Kbps Super G3
JENIS KATRIJ: TN2130 (1,500 muka surat), TN2150 (2,600 muka surat)
DIMENSI: 428 x 397 x 305 mm
BERAT: 11.1 kg
|
|