» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro F-Secure pelindung cekap

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my



PRODUK: F-Secure Internet Security 2009

HARGA: RM 219


PENGELUAR: F-Secure

PERTANYAAN: F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd

TELEFON: 03-22640200

LAMAN WEB: www.f-secure.com



PENGGUNAAN Internet bagi kegunaan harian menjadi lumrah di kalangan masyarakat kini. Secara tidak langsung, transaksi maklumat peribadi dan sulit sentiasa diperlukan bagi mendapat akses kepada sesuatu perkhidmatan yang ingin digunakan.

Keselamatan maklumat peribadi ternyata tidak terjamin sekiranya komputer peribadi (PC) tidak dilindungi dengan perisian keselamatan khas.

Perlindungan sistem komputer adalah penting bagi memastikan maklumat yang disimpan selamat dan tidak terdedah kepada ancaman luar.

F-Secure, penyedia perlindungan komputer dan kelengkapan mudah alih global memperkenalkan perisian terbarunya dikenali F-Secure Internet Security 2009 bagi membantu pemilik komputer melindungi maklumat yang disimpan di dalam sistem masing-masing.



Mesra pengguna

Sudah tentu pengguna yang baru pertama kali menggunakan perisian seumpama ini akan berasa gusar memandangkan mereka risau mengenai kemahiran menggunakan perkakasan teknologi maklumat (IT).

Namun pengguna tidak perlu risau kerana F-secure menyediakan penetapan perisian yang mudah.

Ia dilengkapi ciri gabungan komponen imbasan fail antivirus dan antispyware yang mampu beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan walaupun dalam keadaan komputer itu tidak digunakan.

Penulis menguji keberkesanan tempoh menetap perisian ini dan ia hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk memasukkan sistem keselamatan yang memelihara data anda.



Kemudahan

Produk terbaru F-Secure itu memanfaatkan teknologi DeepGuard 2.0 yang mampu mengesan program di dalam sistem komputer pemilik dengan menggunakan analisis tingkah laku kelengkapan itu.

Proses yang boleh mendatangkan bahaya akan dihapuskan secara automatik dan segera walaupun antivirus atau antispyware gagal untuk menghapuskannya.

Selain itu, ia juga dilengkapi ciri perlindungan lain seperti firewall, antispam, antiphishing dan kawalan ibu bapa bagi mengukuhkan produk itu untuk pasaran pelanggan meluas.

Ibu bapa yang menggunakan perisian ini mampu mengawal aktiviti anak-anak memandangkan kebanyakan komputer dikongsi bersama memungkinkan kebocoran data berlaku.



Antaramuka

Penulis tertarik dengan antaramukanya yang ringkas dengan enam petunjuk utama iaitu home, Internet Shield, Virus&Spy Protection, Spam Control, Parental Control dan Automatic Updates.

Apabila semua menu itu bertanda hijau dan ada perkataan `Protected' bermakna PC dalam keadaan selamat.

Ia menyediakan semua ikon dalam keadaan bersedia bagi menangani ancaman siber yang boleh diharap seterusnya membuatkan anda selamat walaupun tidak mengetahui berapa virus atau spam di dunia siber.



Perlindungan

Malah ibu bapa yang berasa bimbang mengenai penggunaan Internet di kalangan anak mereka boleh mengklik pada ikon kelima seterusnya menetapkan masa penggunaan Internet mengikut kesesuaian.

Sudah tentu ia akan mengawal aktiviti anak-anak yang terlalu kerap melayari dunia siber di depan PC sehingga terlupa untuk belajar.



Penilaian

Kesimpulannya, F-Secure Internet Security 2009 adalah perisian termaju masa kini yang dapat meningkatkan tahap keselamatan sistem komputer daripada penceroboh atau program memudaratkan.

Dengan pemberian lesen untuk tiga PC pasti menjimatkan dan membolehkan perlindungan diperluaskan bagi seisi keluarga.

Sayangi semua maklumat terkandung dalam PC memandangkan jika ia terdedah kepada ancaman jenayah siber, percayalah anda adalah orang yang paling menyesal seumur hidup jika ia terjadi.



KEPERLUAN SISTEM PEMPROSESAN: Dari Intel Pentium III 600 MHz

SISTEM OPERASI: Windows Vista, Windows XP/ 2000

MEMORI: RAM 512MB (Windows Vista), RAM 256MB (Windows XP/2000)

RUANG CAKERA: minimum 600MB (cakera keras)

PAPARAN: minimum 256 warna

CARIAN: Internet Explorer 5.0 atau terbaru



>Komen

KESELURUHAN: ****

REKA BENTUK: ***1/2

INOVASI: **** ½

DOKUMENTASI: ****

MESRA PENGGUNA: **** 1/2

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker