» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Bangunan pintar guna teknologi 3Com






BANGUNAN pintar menjadi idea baru yang disedari dunia korporat dengan GTower Sdn Bhd iaitu anak syarikat Goldis Bhd mengambil inisiatif melantik penyedia rumusan sistem komputer berangkaian terkemuka 3COM Corporation (3Com) bagi merealisasikan hasrat itu.

Pemilihan 3Com membolehkan GTower meningkatkan lagi kecanggihan prasarana jalur lebar, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ) serta sistem keselamatannya.


Ia dilaksanakan melalui pejabat GTower dengan langkah permulaan memasang beberapa Penyelesaian Pembangunan Pintar (3CiBS) yang diilhamkan 3Com.

Sistem berdasarkan aplikasi protokol Internet mampu mengurangkan penggunaan tenaga dan pengeluaran asap karbon dalam bangunan.

Pengurus Negara 3Com, Marcus Lai, berkata keupayaan teknologi yang dibekalkan syarikatnya mampu memberi penyelesaian kepada permintaan terhadap bangunan pintar.

“GTower adalah satu-satunya bangunan pintar yang memiliki teknologi kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Korporat Goldis, Colin Ng, berkata keseluruhan sistem penyelesaian berharga RM10 juta itu, apabila pemasangannya siap bakal menyaksikan pengurangan penggunaan tenaga di dalam bangunan sehingga 60 peratus.

“Pemasangan 3CiBS di GTower bukan saja menyediakan kepantasan Internet dan sistem keselamatan yang tinggi, malah turut menawarkan prasarana rangkaian yang cekap untuk bangunan hijau,” katanya.

3Com akan memasangkan dua set 3Com Switch 7900E switch chasis modular teras, penyokong prestasi switch 10-gigabait dan IPv4 dan IPv6 yang mempunyai keupayaan 'routing' dengan kuasa menerusi Ethernet (PoE) bersepadu dan berciri keselamatan termaju.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker