» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Panasonic anjur pameran Eco Ideas






MENYEDARI hakikat peri pentingnya memulihara alam sekitar yang kian terancam dengan pelbagai gejala pencemaran dan perubahan iklim, Panasonic Malaysia akan menganjurkan Pameran Rumusan Audio Visual dan Kediaman, Panasonic Eco Ideas di Pusat Pameran Mid Valley mulai 10 hingga 12 Oktober ini.

Pameran Eko itu dibuka kepada orang awam mulai 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.


Pengarah Urusannya, Tony Endoh, berkata pameran itu adalah sebahagian dari aktiviti semua syarikat Panasonic di seluruh dunia dengan objektif untuk mendidik masyarakat menerusi pelbagai aktiviti yang membantu melindungi alam sekitar.

“Selain pameran, ia juga merangkumkan aktiviti berkaitan seperti persembahan interaktif, paparan dan pembelajaran dengan tiga tumpuan utama diberi iaitu Eco Ideas untuk Produk; Eco Ideas untuk Pengeluaran; dan Eco Ideas untuk Semua di Mana Saja,” katanya.

Sementara ruang pameran akan dipenuhi dengan produk baru yang lebih mesra alam sekitar termasuk mentol jimat tenaga, pendingin hawa ‘Inverter’, peti sejuk, mesin basuh serta kaedah pengeluaran dan projek-projek dalaman atau luaran Panasonic khusus untuk memulihara alam sekitar.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker