» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Malaysia kekal ke-8






MENURUT kajian bagi tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), Malaysia masih mengekalkan kedudukannya di tempat kelapan dalam daya saing industri teknologi maklumat (IT) di rantau Asia Pasifik.

Pengarah Asia EIU, Tony Nash berkata, Malaysia turut mengekalkan kedudukan globalnya tahun lalu yang berada di tempat ke-36.


“Taiwan, Australia, Korea Selatan dan Singapura antara negara yang bersaing dalam daya saing industri IT, berada di kedudukan 10 teratas dunia.

“Negara ini, masing-masing berada di tempat kedua, ketujuh, kelapan dan kesembilan dianggap sebagai industri IT yang paling berdaya saing di dunia,” katanya.

Kajian yang kini berada di tahun kedua, ditaja oleh Business Software Alliance (BSA) bertujuan untuk menilai serta membandingkan persekitaran industri teknologi maklumat yang semakin berkembang di serata dunia bagi menentukan tahap daya saing IT.

Ia meliputi enam kategori iaitu persekitaran perniagaan keseluruhan, infrastruktur IT, modal insan, persekitaran undang-undang, persekitaran penyelidikan dan pembangunan dan sokongan bagi pembangunan industri IT

Malaysia menduduki tempat ke-27 dalam sokongan bagi pembangunan industri IT dan menempa tempat ke-33 bagi kategori persekitaran perniagaan keseluruhan dan infrastruktur IT.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker