» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Inovasi penting pacu negara






KEUPAYAAN mencipta inovasi amat penting untuk memberikan impak positif dalam menyaingi penciptaan teknologi dunia kerana ia satu-satunya kaedah yang berkesan bagi industri kompetitif.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata kerajaan menyedari kepentingan inovasi itu dengan menyediakan insentif dan elaun khas yang dimuatkan dalam Bajet 2009 dibentangkan baru-baru ini.


“Ia adalah sebahagian daripada pemacuan ekonomi dalam industri perkhidmatan yang memerlukan mereka memilih langkah baru iaitu melalui inovasi,” katanya ketika berucap di Forum Inovasi IBM-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, IBM Malaysia Sdn Bhd (IBM Malaysia) menjalin kerjasama strategik dengan 11 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk membangunkan kurikulum pelbagai disiplin Sains Perkhidmatan, Pengurusan dan Kejuruteraan (SSME).

Pengarah Urusan IBM Malaysia, Ou Shian Wei, berkata kerjasama syarikat itu dengan institusi pengajian tinggi serta sokongan kerajaan menggambarkan komitmen semua pihak terbabit untuk menyediakan asas yang dapat menyokong

pertumbuhan sektor perkhidmatan negara.

“Disiplin akademik baru itu (SSME) akan menggabungkan pembelajaran dalam bidang sains komputer, sains kognitif dan sosial, penyelidikan operasi, kejuruteraan industri, strategi perniagaan serta sains pengurusan,” katanya.

Menurutnya, setiap universiti yang terbabit dalam kerjasama ini akan membangunkan SSME mengikut fokus masing-masing dan IBM hanya menyediakan rangka kurikulum baru ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata, pendekatan baru dan kerjasama inovatif dalam bidang pendidikan amat ditagih dalam membina ekonomi negara berasaskan pengetahuan ke satu tahap yang baru.

SSME mula dibangun dan diperkenalkan oleh gergasi perkomputeran dunia itu pada 2004, selepas bekerjasama dengan pelbagai syarikat dan universiti di seluruh dunia.

11 IPT yang terbabit dalam kerjasama itu termasuk Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Pahang,Universiti Multimedia, Asia Pacific University College of Technology and Innovation dan Kolej INTI.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker