HarianMetro
PerantauMetro
MutiaraKata GaleriPerantau

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk. "

Riwayat Bukhari & Muslim



DoaRamadan



Doa Ramadan: Hari Ketiga Puluh

“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”


Waktu Berbuka dan Imsak

KepadaPerantau

Harian Metro menyediakan ruangan khas Perantau Metro sempena Ramadan & Syawal yang bakal tiba untuk merapatkan kembali silaturahim.

Hantarkan gambar kenangan dan foto terbaru bersama ucapan anda (gambar tidak dikembalikan) dengan disertakan alamat penuh, nombor telefon atau emel kepada:

perantaumetro@hmetro.com.my
(untuk gambar berserta ucapan)

dan

perantauvideo@hmetro.com.my
(untuk rakaman video ucapan yang kurang dari 1 minit - terbuka kepada semua yang berada di tanah air dan di luar negara)

atau hantar ke alamat berikut :

Ruangan Perantau Metro,
Harian Metro,
Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

Perantau Metro terbuka kepada semua umat Islam yang berada di luar negara.

 
       
 
  •   SALAM Aidilfitri kepada ibu bapa tercinta, Zakaria Mat dan Alijah Bahrom di Ipoh, adik-beradik dan saudara-mara di Ipoh dan Melaka serta anak saudara tersayang, Muhammad Ammar Aqil. Maaf zahir batin daripada Khairun Najwa di Kolej Teknologi Kebangsaan Suzuka, Jepun.
    SALAM Aidilfitri kepada ibu bapa tercinta, Zakaria Mat dan Alijah Bahrom di Ipoh, adik-beradik dan ...
  •   SELAMAT Aidilfitri kepada keluarga di Dungun Terengganu, saudara-mara serta rakan. Maaf zahir batin daripada Azlan Abd Aziz di University Of Wollongong, New South Wales, Australia.
    SELAMAT Aidilfitri kepada keluarga di Dungun Terengganu, saudara-mara serta rakan. Maaf zahir batin ...
  •   SALAM Aidilfitri kepada ayahanda, bonda, adik-beradik, saudara-mara, guru dan rakan. Maaf zahir batin daripada Mohd Fadzle Abu Hasan, Universiti Yamaguchi, Ube, Jepun.
    SALAM Aidilfitri kepada ayahanda, bonda, adik-beradik, saudara-mara, guru dan rakan. Maaf zahir ...
  •   SALAM Aidilfitri kepada ibu bapa, isteri, Kamariyah Osman; anak-anak; Khairi Hasfarisi, Khairi Syarafuddin, Khairi Hasbullah, Nur Syamirrah dan Mohd Syafiq; saudara-mara, sahabat-handai serta seluruh kakitangan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd. Maaf zahir batin daripada Abu Hassan Che Man di Khartoum, Sudan.
    SALAM Aidilfitri kepada ibu bapa, isteri, Kamariyah Osman; anak-anak; Khairi Hasfarisi, Khairi ...
  •   SALAM Aidilfitri kepada Rahanah Mat Nor, Nurul Izzati Syamsina, Muhammad Izzwan Syafiq dan Muhammad Izzran Syazrin di Putrajaya. Maaf zahir batin daripada Mohd Rizaini Arifin di Tharjath, Sudan.
    SALAM Aidilfitri kepada Rahanah Mat Nor, Nurul Izzati Syamsina, Muhammad Izzwan Syafiq dan Muhammad ...


VideoUcapan




Daripada Nasir @ JJ di Kuala Lumpur
  Hak cipta terpelihara © Harian Metro Online. Hubungi Team Metro untuk sebarang maklum balas.