Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Suasana ala banglo



PAPILLON Desahill Condominium menjadi mercu tanda baru kepada persekitaran di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Projek hartanah itu adalah kerjasama antara Peter’s Holdings Sdn Bhd dengan Dana Estet Sebenar CIMB-Map letree 1 (CMREF 1), sebuah dana estet swasta yang diuruskan CIMB-Mapletree Management Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusan Peter’s Holdings Sdn Bhd, Loke Kwok Seong, kedudukan Papillon Desahill Condominium yang strategik menawarkan nilai modal terbaik hakikatnya memberi peluang kepada pemilik kediaman itu menikmati persekitaran eksklusif.

Kondominium berprestij di puncak bukit itu pada masa sama menawarkan panorama indah seperti pemandangan KLCC dan keunikan Petaling Jaya.

Diperkemaskan lagi dengan ciri-ciri eksklusif khususnya ruang binaan selesa, reka bentuk praktikal dan bermutu.

“Penghuni kondominium ini juga berpeluang menikmati kehidupan dan persekitaran ala banglo kerana reka bentuk yang menitikberatkan kesempurnaan dari segi hiasan da lamannya.

“Buktinya, binaan kemasan lantai daripada kayu keras, kemudahan dan ruang mewah dengan siling tinggi, unit penyaman udara dengan kelengkapan bermutu serta jaminan kawalan keselamatan,” katanya.

Berkeluasan 1.8 hektar, Papillon Desahill Condominium mempunyai nilai pembangunan kasar RM180 dan ditawarkan sekitar RM480 sekaki persegi.

Berstatus pegangan bebas, kondominium berkenaan di bangunkan melalui dua menara mewah 15 tingkat dengan kepadatan rendah dan dijangka siap 2011.

Menampilkan empat reka bentuk yang eksklusif, ia memberi pilihan bijak kepada anda untuk memiliki kediaman ber keluasan binaan dari 1,312 kaki persegi hingga 2,059 kaki persegi pada harga dari RM480,000 hingga RM800,000.

Tidak ketinggalan, 16 kediaman ala penthouse dua tingkat dengan keluasan binaan 2,498 kaki persegi hingga 3,661 kaki persegi turut ditawarkan dengan nilai antara RM1.1 juta hingga RM1.6 juta seunit.

Pelbagai kemudahan lain yang bakal dinikmati pemilik kediaman kondominium mewah itu seperti kolam renang infiniti, Taman Tai Chi, kolam jakuzi, kawasan barbeku, pusat gimnasium, kawasan permainan kanak-kanak dan gelang gang pelbagai kegunaan.

Malah, persekitaran Taman Desa yang berlandskap hijau juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti sekolah, taman tema air, pusat perubatan, pusat komersial, pusat komuniti dan lokasi menjamu selera yang menarik.

Kedudukannya yang mudah dihubungkan melalui pelbagai rangkaian jalan raya dan lebuh raya termasuk Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya KLIA-Put rajaya dan Terowong Baru Smart.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker