KEHALUSAN seni ukir yang melengkapi tata hias kediaman dilihat sebagai khazanah berharga yang tinggi nilai es tetikanya.
Orang tua-tua sering berpegang, asal ada ruang kosong, jangan biarkan kayu kosong tanpa ukiran.
Bermula dengan seni ukir pada hulu keris, kelengkapan dapur hinggalah alat permainan tradisional, ukiran pelengkap sudut kediaman.
Kemasan seni ukir pada pintu utama bukan sekadar me mulihara nilai estetika, tetapi kualiti yang dihasilkan.
Bagi Perniagaan Mas Jati di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor ukiran pada pintu, tangga, pintu gerbang, kerusi, katil dan almari mempunyai nilai seninya tersendiri.
Pengurusnya, Safie Sario yang mempunyai pengalaman dan ilmu seni ukir berbangga keunikan seni berkenaan tidak lapuk ditelan zaman.
“Dari dulu hingga kini, seni ukir tetap menjadi pilihan utama pemilik kediaman yang ingin menghias ruang luar dan dalaman rumah khususnya konsep Nusantara dan warisan Melayu.
“Seni ukir sudah diketahui umum kerana sejak dulu ber dasarkan pelbagai keunikan termasuk nilai estetika pada setiap motif yang diketengahkan,” katanya.
Lebih 10 tahun mendamba dalam bidang ukir kayu, beliau tetap bersemangat mempertahankan seni ukir.
Safie berkata pelbagai motif berasaskan bunga-bungaan tempatan dan antarabangsa dizahirkan seperti bunga nanas, bunga melati, bunga raya, bunga anggerik dan bunga jati.
Lebih selesa mengukir pada kayu cengal, jati, nyatoh dan resat memberi kelebihan kepada Safie untuk menghasilkan produk berasaskan motif pilihan pelanggan.
“Seni ukir memerlukan kemahiran dan ketekunan yang tinggi.
“Kehalusan seni ukir yang dihasilkan membezakan antara mereka yang berpengalaman dan baru,” katanya.
Kelainan cita rasa dan konsep dekorasi menjadikan seni ukir syarikat itu seperti bunga empat, bunga ukir enam, bunga ukir empat, ukiran tembus bunga melati menjadi pilihan pe langgan.
Malah, seni ukir tiga dimensi yang membabitkan ukir tiga lapis motif juga diberi tumpuan.
Safie turut berkongsi panduan penjagaan pintu atau produk berukiran kayu supaya sentiasa kelihatan berseri dan ber kilat.
“Sesekali sapukan minyak jati atau minyak bunga cengkih jika produk ukiran kurang berseri,” katanya.
Anda yang berminat menempah ukiran kayu boleh ber kunjung ke Perniagaan Mas Jati di No 96, Tingkat 1, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor atau hubungi talian 03-55109401.