Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Perabot, konsep taman perlu selari



MEMBINA taman yang mempunyai ruang santai seharusnya memberikan ketenangan dan keselesaan berpanjangan.

Dalam apa jua keadaan perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ialah kegunaan taman berkenaan dan kesesuaiannya.

Apatah lagi kebanyakan perabot taman yang ditawarkan kini diberi sentuhan baru dan lebih bersifat tahan lasak, ringan dan sesuai diletak di segenap sudut.

Rekaan perabot taman seharusnya selari dengan konsep laman yang anda pilih supaya ia tidak mengganggu nilai estetika taman.

Anda yang mencintai nilai alam semula jadi, perabot berasaskan kayu seperti kerusi daripada batang kayu cukup menarik sebagai visual taman.

Elak menggunakan terlalu banyak kerusi taman untuk mengimbangi rekaan taman berkonsepkan alam semula jadi.

Pilihan kelengkapan taman sedondon juga menarik jika diketengahkan khususnya kerusi taman berasaskan kayu kasar disesuaikan dengan kehadiran susur jalan berlatarkan kayu yang sama.

Perabot jenis bulat atau kerusi malas boleh diletak di kawasan lembap khususnya kolam renang kerana fungsinya untuk keselesaan ketika bersantai.

Tidak dilupakan penyerinya ornamen dramatik termasuk bekas pewangi aroma terapi dan bekas lilin.

Bagi menyerlah keindahan semula jadi taman, pilih beberapa teknik binaan berkonsepkan urban yang praktikal, ringkas dan berbeza.

Kediaman bergaya kontemporari lebih sesuai kerana binaan berkonsep urban mampu menambahkan nilai elegan.

Pilih tanaman jenis menjalar supaya suasana teduhan yang harmoni dan hijau dapat diseimbangkan.

Lampu hiasan jenis berkelip juga sesuai dalam kedudukan menegak dari aras tanah menggunakan tenaga solar.

Jika mempunyai ruang terhad di laman, perancangan teliti dan idea kreatif perlu diketengahkan sebaik mungkin.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker