LANDSKAP menarik dengan penyusunan pelbagai pokok dalam taman mini menjadi elemen unik menyerlah per sekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sen tosa, Rawang.
Penggunaan ruang terhad dilihat cukup baik dengan meng gabungkan tanaman jenis berdaun bersaiz kecil yang di letakkan dalam pasu agar sentiasa indah dipandang.
Pengetua sekolah, Maimunah Nazarene, berkata kerjasama erat dengan penerapan budaya sayangkan persekitaran se kolah mendorong pelajar membina taman mini secara ber kumpulan.
Beliau berkata, empat ketua bidang membabitkan ke manusiaan, bahasa, sains dan matematik serta teknik/vo kasional memainkan peranan penting menceriakan sekolah dengan membina taman mini itu.
Di ruang kecil di hadapan pejabat sekolah ada Laman Koperatif Gemilang yang ditaja kedai koperasi sekolah. Ia menggabungkan tanaman berpasu dan menjalar menyaluti pagar gazebo yang dihiasi dengan papan tanda.
Manakala elemen tambahan seperti trek refleksiologi, laluan pejalan kaki dan bangku seminfero juga dimuatkan dalam taman kecil ini.
“Taman itu diusahakan sejak setahun lalu. Pokok palma, kesidang, puding, rhu, orkid dan kaktus ditanam,” katanya.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) me nyumbang peralatan dan tenaga bagi membina taman ber kenaan serta yang lain.
Maimunah berkata, taman yang diwujudkan seperti Taman Sains, Taman Rimup, Taman Riadah dan Koperatif menjadi usaha awal membina suasana ceria dalam sekolah.
Ada pelajar membawa pokok hiasan dari rumah manakala kepakaran digunakan bagi membentuk taman.
Ada juga tanaman pokok herba seperti misai kucing, lengkuas, kunyit, tongkat ali dan aloe vera di taman sains bagi memberikan pendidikan kepada pelajar.
“Setiap sudut kecil seperti bawah tangga, kaki lima, penjuru aras dan kantin juga diletakkan tumbuhan berpasu agar kelihatan menarik sentiasa,” katanya.