Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Perkakasan mesra ketuhar gelombang mikro



PENATAAN ruang dapur yang diserikan dengan pelbagai produk menarik memang menyerlahkan suasana dan fungsinya.

Namun, aspek keselamatan dan kesesuaian perlu diambil kira bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Meletakkan aspek keselamatan sebagai perkara utama dalam setiap pengeluaran produknya, Claytan Tableware kini memperkenalkan kelengkapan dapur bergaya Perancis.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan menggunakan produk bebas plumbum dan kadmium (unsur kimia logam), satu demonstrasi masakan diadakan di pasaraya Parkson, Subang Parade dan Jusco, Mid Valley, baru-baru ini.

Demonstrasi masakan yang dikendalikan Chef Amy Beh itu menyaksikan kelebihan produk Claytan Tableware terbaru iaitu Kaserol dan Magic Grater dalam memudahkan aktiviti memasak.

Menurut Pengurus Besar Claytan Corporation Sdn Bhd, Joseph Tan Chong ciri bebas plumbum amat penting bagi produk yang digunakan dalam ketuhar gelombang mikro untuk tujuan membakar atau memanaskan makanan.

“Ini kerana plumbum biasanya larut serap pada suhu tinggi daripada produk yang tidak bebas plumbum.

“Terdedah dengan plumbum dalam jangka masa yang lama boleh mengakibatkan kemudaratan terutama kepada kanak-kanak dan wanita mengandung,” katanya.

Antara kesan yang disebabkan keracunan plumbum dan kadmium ialah sakit perut, rasa loya serta keletihan berpanjangan.

Bagi meyakinkan pelanggan, Tan mendedahkan cara Claytan Tableware dihasilkan iaitu lakaran motif (dekor) berada di bahagian tengah kerana dilitupi lapisan licin (gerus).

“Dekor boleh tahan sampai bila-bila dan warna daripada dekor itu diserap ke dalam gerus seterusnya tidak meresap ke dalam makanan anda. Ia selamat digunakan sampai bila-bila,” kata Joseph.

Malah, reka bentuk mangkuk kaserol yang unik cukup mencuri perhatian kerana dilengkapi pelbagai aspek keselamatan, berkualiti dengan rekaan penutup seramik pelbagai warna.

“Kaserol yang direka khas bebas plumbum dan kadium didapati dalam tiga warna menarik iaitu biru, merah jambu dan krim yang boleh disesuaikan dengan konsep hiasan dalaman dan gaya hidup masyarakat negara ini,” katanya.

Sempena sambutan Hari Ibu bulan ini, Kaserol ditawarkan dengan harga menarik iaitu RM 59.90 berbanding harga asal RM89.90 di dua pasar raya berkenaan hingga 11 Mei ini.

Seterusnya, Magic Grater pula antara produk baru Claytan yang menggabungkan fungsi memarut, mengupas dan memberus makanan.

Tampil dengan empat gaya hiasan Perancis yang bermotif bunga-bungaan indah kelihatan ringkas dan bersifat mesra pengguna.

Diperbuat daripada seramik yang dibakar pada suhu 1,200 darjah celsius dan warna yang diluluskan, ia membantu melancarkan lagi aktiviti memasak.

Menariknya Magic Grater sebenarnya lebih bersifat dwifungsi untuk tujuan memasak bawang putih, bawang merah, halia, membakar limau, oren, coklat, keju dan membuat makanan bayi seperti epal dan buah-buahan lain.

Di samping itu, reka bentuk produk Claytan Tableware yang disesuai dengan gaya hidup masyarakat negara ini membuatkan produk berkenaan menjadi pilihan popular.

Anda yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai Kaserol, Magic Grater dan produk Claytan Tableware di talian 03-55692559 atau layari www.claytangroup.com.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker