PELBAGAI pilihan terbaik ditawarkan menerusi Pameran Peralatan Tidur Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-4 di Harvey Norman, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, Selangor.
Harvey Norman terkenal sebagai pengendali gedung alat kelengkapan rumah yang menjual barangan elektrik, elektronik, tilam dan katil serta perabot berkualiti.
Menurut Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Angelo Augustus, peningkatan taraf hidup memberi pilihan kepada masyarakat negara ini memilih tilam berkualiti.
“Pameran sehingga 11 Mei ini membolehkan Harvey Norman menawarkan pelbagai model tilam antarabangsa untuk cita rasa pelanggan.
“Kemantapan industri hartanah tempatan terutama pembeli kondominium dan banglo mewah antara golongan yang bakal memilih tilam premium berkenaan,” katanya.
Di pameran itu, Harvey Norman memasarkan beberapa jenama dan model tilam terbaik seperti Palatial Crest (Sealy) yang dijual pada RM42,999 seunit, Zen (Tempur) pada RM32,999, Luxury Clown (Slumberland) pada RM21,999, Regal Crown (Dunlopillo) pada RM18,999 dan Max Star Prestige (Serta) pada RM16,999
Tidak ketinggalan keluaran tempatan Malaysia Berlin (NAPURE) pada RM9,999 dan Prestige (Naturatex) pada RM7,399 turut ditawarkan.
“Diskaun hebat ditawarkan daripada 20 peratus hingga 99 peratus untuk bingkai tilam dan tawaran tukar beli bernilai RM400 bagi setiap pembelian tilam berkenaan,” katanya.