Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Kesempurnaan hiasan dalaman



KINI menghias kediaman bagaikan terapi yang memberikan seribu kepuasan kepada pemiliknya apatah lagi jika premis disolek kondominium mewah dan eksklusif.

Menginspirasikan konsep penataan serba ringkas dan kemas, kediaman contoh Papillon Desahill Condominium di Taman Desa, Kuala Lumpur menzahirkan segalanya.

Reka bentuk binaan yang memberi tumpuan kepada konsep moden penuh dengan nilai seni bina tersendiri cukup membuatkan mata terpukau.

Projek hartanah itu adalah kerjasama antara Peter’s Holdings Sdn Bhd dengan Dana Estet Sebenar CIMB-Mapletree 1 (CMREF 1), sebuah dana estet swasta, yang diuruskan CIMB-Mapletree Management Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusan Peter’s Holdings, Loke Kwok Seong, kedudukan Papillon Desahill Condominium yang strategik menawarkan nilai modal terbaik dan memberi peluang kepada pemilik kediaman itu menikmati persekitaran eksklusif.

Diperkemaskan lagi dengan ciri eksklusif khususnya ruang binaan selesa, reka bentuk praktikal dan bermutu.

“Penghuni kondominium ini juga berpeluang menikmati kehidupan dan persekitaran ala banglo kerana reka bentuk yang menitikberatkan kesempurnaan dari segi hiasan dalamannya.

“Buktinya, binaan kemasan lantai daripada kayu keras, kemudahan dan ruang mewah dengan siling tinggi, unit penyaman udara dengan kelengkapan bermutu serta jaminan kawalan keselamatan,” katanya.

Bermula dengan latar ruang tamu yang bergaya ringkas tetapi kemas, keindahan penataan ruang menyerlah dengan kemasan jubin menarik.

Pilihan perabot eksklusif, aksesori hiasan dalaman yang unik dan kombinasi cahaya lampu menyuntik suasana ruang dramatik.

Sememangnya dekorasi lengkap ruang makan bersebelahan ruang tamu tidak kurang hebatnya dengan kombinasi set meja makan bergaya mewah.

Ruang makan kelihatan ringkas dan kemas dengan penyerinya dua lukisan simbolik pada bahagian dinding utama.

Sambil meneliti dekorasi ruang tamu dan ruang makan serba indah itu, mata tentunya tidak terlepas pandang sudut balkoni yang membawa pandangan luar kondominium itu.

Persekitaran hijau semula jadi dan jauh dari kesibukan kota antara keistimewaan yang bakal dimiliki setiap pemilik Papillon Desahill Condominium.

Ketika menjenguk idea penataan bilik tidur, permukaan lantai dipasang kemasan kayu berlamina memberikan corak berbeza pada ruang berkenaan.

Pemidang yang menghiasi tingkap menjadi elemen visual ringkas sebagai menapis pandangan terus ke luar kediaman selain membantu suasana tidur lebih selesa.

Tidak ketinggalan pilihan perabot bergaya polos dengan hamparan permaidani berkualiti secara langsung menyamankan suasana sepanjang masa.

Beralih ke bilik tidur si cilik, idea dekorasi yang menyelami jiwa kanak-kanak turut diketengahkan.

Kemasan dinding yang bermotifkan rama-rama dan dunia safari lengkap dengan penataan cahaya ceria cukup merangsang minda.

Binaan kabinet pasang siap sebagai tempat menyimpan anak patung dan barang permainan si cilik.

Pilihan perabot dan kelengkapan tidur selesa serta praktikal menjadi keutamaan dalam usaha menyerlahkan konsep hiasan terbaik selain menitik beratkan keselamatan.

Kehadiran taman kecil di tingkat atas kediaman contoh itu sengaja dibina untuk memberi peluang kepada bakal pemilik Papillon Desahill Condominium meninjau saujana indah panorama Kuala Lumpur dan Selangor.

“Berkeluasan 1.8 hektar, Papillon Desahill Condominium mempunyai nilai pembangunan kasar RM180 juta dan ditawarkan sekitar RM480 sekaki persegi.

“Berstatus pegangan bebas, kondominium berkenaan dibangunkan melalui dua menara mewah 15 tingkat dengan kepadatan rendah dan dijangka siap 2011,” katanya.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker