Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Cenderahati raja sehari



PERTANDINGAN Kraf Fruitale yang berakhir, baru-baru ini menyerlahkan pelbagai kreativiti daripada peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Minggu ini, Harian Metro menampilkan hiasan kraf daripada sabun mandi Fruitale yang diberi nama Sewangi Kasihmu hasil kreativiti Nurul Adila Hanim Salon, 26, yang menerima hadiah saguhati.

Hiasan sabun yang sesuai dijadikan cenderahati perkahwinan ini membabitkan enam langkah mudah dengan sebuku sabun Fruitale Nutrient, rantai manik, reben organza sepanjang 30 sentimeter (sm) (dua warna berbeza), kain net, bunga hiasan (jika mahu), rantai manik, kertas bunga, gunting, benang, kertas pelekat dan gam.

Gubahan kreatif menggunakan sabun Fruitale Nutrient itu mampu menarik perhatian sesiapa jua dan jika diletakkan pada sudut rumah, ia dapat memberi haruman menyegarkan.

Penggunaan kain organza atau reben warna-warni pula dapat dijadikan hiasan menarik di kediaman masing-masing.

Namun, bukan saja dijadikan penghias, si tetamu pasti menghargai cenderahati kecil yang boleh dimanfaatkan seisi keluarga itu

Ia dapat disiapkan dalam masa 15 minit mengikut enam langkah mudah. Ikuti langkahnya:



Langkah demi langkah:

1) Balut sabun dengan kain net dan kemudian ikat kemas dengan benang.

2) Kemudian, potong bahagian atas (lebihan kain net) dan kemaskan tepinya.

3) Lilitkan reben di sekeliling sabun dan gam dengan kemas.

4) Letakkan sedikit gam di bahagian atas sabun berkenaan dan letakkan bunga hiasan (terpulang kepada corak yang diingini) secara melintang.

5) Daripada reben tadi (berlainan warna), bentukkan bentuk reben dan letakkan di atas bunga hiasan tadi.

6) Jika mahu tampil lebih menarik, hiasan sabun berkenaan juga boleh dihiasi pelbagai hiasan sampingan seperti kelopak daripada kertas bunga serta untaian rantai manik.

7) Sewangi Kasihmu, cenderahati perkahwinan sabun oleh Nurul.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker