Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Kaedah tanam tumbuhan air



KEHADIRAN pelbagai jenis tumbuhan air di laman kediaman memanfaatkan keindahan tersendiri khususnya dalam melengkapi konsep taman semula jadi.

Secara tidak langsung ia bertindak sebagai penapis atau perangkap habuk selain menambahkan nilai seni taman.

Walaupun anda bebas memilih tumbuhan air untuk menyerikan laman, hakikatnya aspek kesesuaian perlu diambil kira.

Ketahui serba sedikit berkenaan penjagaan dan sifat semula jadi tumbuhan air supaya kehadirannya tidak memudaratkan anda dan keluarga.

Perlu diingat tumbuhan air juga mudah terdedah dengan pembiakan nyamuk dan ia boleh dikawal dengan membela ikan gapi bersama tumbuhan berkenaan.

Antara tumbuhan air yang popular echinodorus palaefolius atau orkid air, pontederia cordata dan thalia dealbata.

Berikut kaedah menanam echinodorus palaefolius mengikut kreativiti Melati Evergreen Enterprise di No PT 8734, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur:



Bahan-bahan

  • Sediakan tanah khusus untuk tumbuhan air, echinodorus palaefolius, pasu tidak berlubang, dan peralatan berkebun seperti gunting dan sarung tangan.-Gambar 1

  • Potong bahagian echinodorus palaefolius yang tidak diperlukan dan masukkan sebahagian tanah ke dalam pasu- Gambar 2

  • Masukkan echinodorus palaefolius ke dalam pasu dan sedikit tanah lagi diperlukan bagi memastikan tumbuhan itu berada dalam keadaan seimbang- Gambar 3

  • Masukkan air secukupnya hingga satu pertiga dari permukaan pasu.-Gambar 4.



    >>INFO

  • Echinodorus palaefolius perlu dibaja sebulan sekali

  • Dalam dua minggu sekali, air perlu ditukar untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.


  •  
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker