Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: The Podium ada segalanya



MENAMPILKAN rekaan dan konsep komersial terbaru serta memenuhi gaya hidup masyarakat negara ini, The Podium di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur ada segalanya.

Menara Hap Seng yang mengetengahkan konsep rekaan baru itu dulunya dikenali sebagai MUI Plaza.

Tersergam indah dengan latar landskap dan binaan bangunan gaya moden, The Podium yang dimajukan Hap Seng Consolidated Berhad itu merangkumi blok tiga tingkat.

Dibina dengan kawasan lobi serba lengkap bagi menara pejabat gred A, The Podium itu memaparkan reka bentuk bergaya kontemporari yang memanfaatkan pancaran cahaya semula jadi ke segenap ruang sekali gus mencetuskan suasana hijau, segar dan tenang.

Tingkat dua The Podium juga dihiasi taman berlandskap indah ala taman Jepun yang menyediakan lokasi nyaman dan bebas daripada hiruk-pikuk kota.

Menurut Ketua Eksekutif Bahagian Hartanah Hap Seng Consolidated Berhad Datuk Paul Ng Kee Seng, The Podium dibina sebagai mercu tanda kebanggaan Menara Hap Seng.

“Reka bentuk bangunan ini turut menitik beratkan gaya hidup atau cara yang mencerminkan imej baru selain merealisasikan fungsi Menara Hap Seng dalam menyediakan kemudahan kelas pertama.

“Kombinasi kafe, restoran, bank dan gedung pelengkap gaya hidup yang disediakan sebenarnya menjadi gabungan terbaik antara dunia perniagaan dan riadah.

Buat masa ini, The Podium menempatkan dua cawangan bank utama iaitu Maybank dan CIMB Bank, kedai makan dan kafe termasuk Old Town White Coffee, Sister's Kitchen, Nagomi Shabu-Shabu, Cafe 9, dan Elegant Inn Hong Kong.

“Penyewa dan pengunjung pastinya menantikan pembukaan lebih banyak gedung dan kemudahan seperti auditorium baru dan pusat seminar untuk persidangan atau mesyuarat.

“Sebanyak RM60 juta dilaburkan untuk membaik pulih bangunan seperti membina The Podium, menaik taraf lobi, memasang sistem penyaman udara dan alat pencegah kebakaran baru dan meningkatkan ciri reka bentuk keseluruhan kemudahan dengan konsep landskap terbaik,” katanya.

Hap Seng Consolidated Berhad sebuah syarikat yang progresif dengan pelbagai perniagaan di bidang perladangan, pelaburan dan pembangunan hartanah, pembiayaan kredit, perdagangan baja dan automotif dan bahan binaan serta kuari batu.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker