MEMBINA titik tumpu di taman bukan satu tugas mudah dan tidak seharusnya dipandang remeh.
Keluasan taman yang terhad memerlukan segala kebijaksanaan dan kreativiti diselarikan supaya keinginan men cipta taman hebat menjadi kenyataan.
Kehadiran tanaman, perabot dan aksesori hiasan yang menarik amat penting selain aneka jenis pasu mungkin boleh dijadikan alternatif sebagai daya tarikan terbaik.
Merealisasikan segala keperluan taman, Five Roses En terprise bagaikan pusat sehenti landskap untuk pelbagai jenis konsep taman.
Bukan sekadar pelbagai jenis tanaman segar yang di tawarkan, malah koleksi mini air pancuran, perabot taman dan pasu terpilih seperti pasu kawah kecil, pasu rustik dan pasu jenis geluk.
Menurut Pemilik Five Roses Enterprise, Fairos Abd Razak, pusat sehenti landskap yang berkeluasan 1.2 hektar itu dibuka sejak enam tahun lalu mengilhamkan pelbagai tanaman dan idea taman terbaik.
Anda yang berkunjung ke Five Roses Enterprise berpeluang menimba pelbagai ilmu landskap dan proses penyeleng garaannya.
“Peruntukan sewajarnya perlu untuk menyelaras rekaan taman yang diidamkan kerana ia diibaratkan kanvas dan terpulang kepada kita mengolahnya.
“Menghasilkan taman di bawah bajet yang kecil seme mangnya sangat mencabar dan memerlukan perancangan rapi dan apabila memperkatakan berkenaan taman, perlu diingat bahawa bukan semua elemen baru boleh meng hasilkan taman hebat,” katanya.
Sebagai alternatif, Fairos mencadangkan supaya binaan taman kecil tidak lengkap tanpa kehadiran kolam mini air berpancuran.
“Jangan biarkan pasu kosong tanpa diisi dengan pelbagai tanaman air lengkap air berpancuran seperti kiambang, teratai dan keladi.
“Pokok menjalar juga boleh ditanam dalam menyerlahkan suasana nyaman dan hijau kerana ia cukup istimewa dan memberikan impak visual yang memukau pandangan,” kata Fairos.
Tambahan pula, di negara kita terdapat dua jenis tanaman memanjat iaitu renek dan herba serta diklasifikasikan kepada tiga kumpulan utama berkayu keras, berkayu sederhana dan lembut serta jenis merayap dan menjalar.
“Seterusnya aplikasi struktur reka bentuk penanaman me mainkan peranan penting dalam menjimatkan ruang dan laman belakang yang kecil boleh dibina landskap bersifat praktikal.
“Gunakan kebijaksanaan anda dalam menggabungkan ta naman hiasan dari pelbagai spesies bagi mendapatkan kesan visual taman lebih dramatik,” kata Fairos.
Dalam apa jua keadaan proses penyelenggaraan laman amat penting dan perlu diberi perhatian supaya sentiasa wujud suasana selesa dan menyegarkan.
Anda yang kesuntukan masa dan bercadang untuk melantik pakar profesional dalam penyelenggaraan laman, Five Roses Enterprise turut menyediakan perkhidmatan berkenaan.
Untuk keterangan lanjut kunjungi Five Roses Enterprise yang terletak di No A 8949 Seksyen 13, Jalan Kemajuan, Bandar Baru Bangi, Selangor.