MEMANFAATKAN sabun jenama Fruitale untuk hadiah bagi majlis pertunangan mahupun perkahwinan adalah se suatu yang menarik.
Keunikan sabun yang didatangkan dalam pelbagai warna dan mempunyai bauan tertentu pasti memberi ilham kepada mereka yang kreatif untuk mengabadikan kreativitinya.
Suntikan tambahan seperti reben, kain organza, manik, bunga dan apa saja yang boleh menambah seri kepada gubahan itu dimanfaatkan oleh Noor Hafiza Tauhed.
Dia yang meminati seni gubahan sabun berkenaan memilih tema Lovely Fruitale, melengkapkannya dengan seni gubahan yang tersendiri.
Bahan-bahan:
Kain organza
Dawai pelilit
Bentuk hati
Reben biru kundang dan putih
Gam
Rama-rama
Tali reben
Daun
Bunga
Manik
Bunga kristal
Cara membuatnya:
(Langkah demi langkah)
Balut sabun dengan menggunakan kain organza.
Kemudian ikat sabun yang dibalut dengan kain organza menggunakan dawai pelilit.
Lekat tali reben pada bahagian atas reben di bahagian atas sabun yang sudah dililit dengan dawai.
Lekatkan reben biru kundang dan putih.
Lekatkan daun.
Lekatkan manik, bunga, rama-rama.
Lekatkan bentuk hati di bahagian atas.
Akhir sekali lekatkan bunga kristal di bahagian bawah bucu sabun.