KEMASAN seni bina kediaman Melayu menyerlahkan elemen tradisi yang cuba diaplikasikan bersama gaya ringkas membuatkan kediaman teres tampil berbeza dari kediaman lain.
Keunikan sentuhan seni bina lebih menarik perhatian jika setiap ruang mempunyai fungsi praktikal dan pelbagai.
Ruang menonton umpamanya kelihatan ceria dengan pi lihan tona merah hati pada pilihan fabrik sofa.
Kemasan lantai daripada material pilihan seperti ‘pebble wash’ menyuntik kelainan pada ruang selain membentuk karakter berpadanan dengan keseluruhan reka bentuk yang pelbagai.
Hamparan permaidani bertona harmoni seperti tona biru menambah ketenangan suasana ceria dan sedap mata me mandang.
Seterusnya ruang tamu utama lebih menyerlahkan gaya dekorasi jika set sofa tona pilihan yang dilengkapi kemasan meja bulat berkaki besi kerawang.
Fabrik langsir menyelitkan gaya ringkas dan meja berbingkai kayu jati pula dijadikan tempat meletakkan aksesori hiasan dalaman lain.
Mungkin lantai tampil berseri dengan kemasan jenis ber lamina yang mewujudkan visual ruang berbeza dan menjadi titik fokal unik.
Ruang makan tampil ringkas dengan suai padan meja besar berbentuk empat segi mendominasi ruang.
Malah, kemasan lantai juga menarik jika cantuman ke pingan kayu jati diketengahkan seindah mungkin selain memperlihatkan corak pada ruang lantai dengan imej warna kontra berbeza.
Di samping itu, permainan rona asas dan ceria tentunya menjadi elemen gaya terbaik pada ruang dapur kediaman teres.
Kabinet dapur bertona putih dan kelabu mampu me nampilkan sentuhan gaya moden di ruang berkenaan.
Binaan kaunter pulau daripada permukaan padu dengan reka bentuk kabinet menyerlahkan fungsinya sebagai tempat menjamu selera.
Lebih lengkap jika material pintu kabinet jenis lutsinar bersama rak terbuka mempamerkan peralatan memasak yang kemas dan teratur.
Dalam mewujudkan suasana semula jadi di laman belakang berhampiran ruang dapur, kehadiran elemen air dan binaan pergola merealisasikan kedamaian alam.