Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Indahkan rumah serong



RAMAI yang beranggapan bahawa kediaman teres dua tingkat berbentuk menyerong susah untuk dihias mengikut citarasa pemiliknya.

Hakikatnya kediaman berkenaan layak untuk kelihatan kemas dan menawan kerana perkara paling penting ialah minat serta kesediaan menghias seindah mungkin.

Disebabkan ruang tamu menyerong, meja makan dan sofa disusun mengikut kedudukan yang sama.

Suasana itu boleh diimbangi dengan menempatkan se pasang kerusi mengiringi sofa berkenaan selain kerusi rehat dan meja sisi.

Tidak ketinggalan hamparan permaidani berukuran besar, meja kopi dan sepasang lampu lantai dapat menyuntik suasana di ruang itu.

Penataan ruang dapur lebih kelihatan kemas jika dibina kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung berbentuk L.

Dalam menambah seri ruang, bentangkan ambal atau alas kaki di kawasan berhadapan sinki dan kabinet unit dasar.

Kemasan dinding di bahagian belakang dapur dan bahagian atas sinki sesuai dihiasi dengan jubin pelbagai corak dan warna.

Bukan sekadar menyuntik suasana kemas dan mudah dibersihkan, malah gaya kreatif itu mampu mewujudkan kelainan.

Seterusnya di ruang makan, dicadangkan memilih meja bulat daripada kayu berkerusi empat kerana keluasannya yang terhad.

Meletakkan pokok pasu pada sudut ruang makan itu secara langsung menambah nilai seni dan membangkitkan ke tenangan.

Di bilik bersebelahan ruang tamu, dicadangkan supaya ia dijadikan bilik tetamu dengan menempatkan katil bujang, almari pakaian dan meja berlampu terendak.

Perlu disedari bahawa bahagian dalaman rumah yang memaparkan suasana santai sepenuhnya ialah ruang ke luarga.

Lebih menarik jika ruang berkenaan menempatkan sofa rehat dihiasi kusyen lembut, meja sisi, hamparan ambal untuk keselesaan selain penataan lampou lantai untuk menerangi suasana ketika menonton.

Dalam apa jua keadaan, kemasan bilik tidur utama perlu diambil kira, tambahan pula bersebelahan pintu masuknya boleh dijadikan tempat berdandan berhias meja panjang bercermin dan bangku sebagai tempat duduk.

Sementara bilik tidur kedua juga tampak lebih seimbang dengan kehadiran katil dua tingkat disusun rapat ke dinding selain meja belajar sesuai diletakkan mengadap tingkap.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker