Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Kamar bayi perlu selamat



MENGHIAS bilik si kecil serba indah sememangnya men jadi impian setiap ibu bapa supaya mampu menceriakan dan merangsang minda.

Dalam merealisasikannya sebagai ruang penuh konsep yang diminati si kecil, pelbagai aspek perlu diambil kira bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Paling utama, kemasan cat dinding atau lukisan terus pada dinding perlu disiapkan sekurang-kurangnya sebulan se belum si kecil menghuni kamarnya untuk mengelakkan masalah bau cat yang boleh mengganggu pernafasan.

Perhatikan dengan teliti persekitaran bilik dan perbaiki kerosakan pada dinding atau tingkap seawal mungkin selain palam keselamatan digunakan.

Dari segi kemasan tilam, tidak semestinya reka bentuk menarik sesuai untuk bilik tidur si kecil.

Malah, anda seharusnya gunakan tilam sepadan dengan katil bayi atau anak kecil anda supaya selamat dan selesa.

Tidak perlu buntu kerana ada cara mudah untuk me mastikan tilam itu sesuai atau tidak dengan hanya me nyelitkan dua jari anda di antara katil dan tilam.

Sekiranya jari anda muat, itu bermakna tilam berkenaan kecil dan boleh menyebabkan kaki atau tangan anak anda tersepit kelak.

Di samping itu, kelengkapan seperti bantal juga perlu dikurangkan khususnya jika anak anda masih bayi bagi mengelakkan risiko lemas ketika tidur atau kejadian tidak diingini.

Seterusnya, aspek penataan dan kelengkapan cahaya di bilik si kecil juga antara elemen yang perlu diambil kira.

Jangan menggunakan lampu yang rekaannya tidak bersifat mesra kanak-kanak kerana dikhuatiri boleh mencederakan si kecil.

Elakkan daripada menggunakan lampu lantai dan lampu meja yang senang dicapai serta disentuh si kecil bagi me ngelakkan bahaya terkena kejutan elektrik.

Gunakan bidai sebagai kemasan tingkap untuk sistem pencahayaan dan pengaliran udara terbaik namun elakkan tali bidai berkenaan dicapai atau terjerut leher si kecil.

Perabot seperti rak buku dan almari pakaian lebih elok dipasang pada dinding serta tidak mudah roboh bagi me ngelak ia terjatuh menimpa si kecil.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker