Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Perumahan Aman Perdana mesra alam



MEMBERI tumpuan kepada konsep binaan tradisional dan moden, Aman Perdana yang terletak di Klang, Selangor antara perumahan paling menarik di negara ini.

Berkeluasan 125 hektar, projek perumahan itu dimajukan Mah Sing Group iaitu antara pemaju hartanah yang me mentingkan keperluan dan kehendak pembeli.

Berstatus pegangan bebas, Aman Perdana membabitkan kediaman berangkai, banglo dan pusat komersial yang di jangka memenuhi gaya hidup masyarakat sekitarnya.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan Mah Sing Properties Sdn Bhd, James A Bruyns, syarikat berkenaan mengilhamkan konsep binaan kediaman terbaik sesuai dengan arus kemodenan.

“Konsep kediaman Aman Perdana direka dan dibina se demikian rupa sebagai pilihan kepada mereka yang mahukan kediaman moden dengan seni reka tradisional.

“Malah, setiap bakal pembeli kediaman Aman Perdana juga berpeluang melihat secara jelas penataan hiasan dalaman yang diketengahkan sekali gus dapat membayangkan suasana sebenar,” kata Bruyns.

Menurutnya, konsep sedemikian direka dan dibina se demikian rupa sebagai pilihan kepada mereka yang mahukan kediaman moden dengan seni reka tradisional.

Menariknya, setiap kediaman dibekalkan latar laman yang unik untuk pemiliknya menampilkan konsep taman me ngikut cita rasa dan kesesuaiannya.

Konsep kehijauan alam semula jadi terus dikekalkan dalam mewujudkan suasana kediaman harmoni dan mesra alam.

Suasana keharmonian turut dirasai setiap pemilik kediaman Aman Perdana kerana tasik indah dan taman riadah serta permainan kanak-kanak direka khas dalam melengkapi gaya hidup masyarakatnya.

Kedudukan Aman Perdana yang strategik iaitu terletak di antara kawasan pembangunan Shah Alam dan Meru men jadikannya lokasi perumahan baru dengan nilai komersial tinggi.

Pembangunan persekitaran berdekatan termasuk pusat be li-belah, bank dan terminal bas membuatkan Aman Perdana menjadi tumpuan.

Ia juga mudah dihubungkan melalui pelbagai rangkaian jalan raya dan lebuh raya seperti Lebuhraya Shapadu, Guthrie, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lan jut, boleh mengunjungi Galeri Pameran dan Jualan Aman Perdana atau menghubungi talian 03-32913666 atau layari www.mahsing.com.my



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker