Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Tekstur tersendiri sendaiyan



MINGGU ini kaedah menanam tumbuhan air sekali lagi diketengahkan kerana ia menjadi pelengkap utama taman berkonsepkan semula jadi.

Pilihan tumbuhan air juga mampu menambah karakter kolam supaya lebih menarik dan mencuri tumpuan ber dasarkan bentuk, tekstur dan warnanya.

Malah, hidupan di dalam air memerlukan teduhan bagi mengelak pancaran terus matahari sekali gus membuatkan air kolam panas.

Di samping itu, tumbuhan air seperti sendaiyan mempunyai tekstur dan karakter tersendiri selain mudah ditanam serta tidak memerlukan penjagaan rapi.

Berikut adalah kaedah menanam sendaiyan mengikut krea tiviti Melati Evergreen Enterprise di No PT 8734, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur:

Bahan-bahan

-Sediakan tanah khusus untuk tumbuhan air, sendaiyan, pasu tidak berlubang, dan peralatan berkebun seperti gunting serta sarung tangan.



Langkah 1

-Potong bahagian sendaiyan yang tidak diperlukan. -Gam bar 1



Langkah 2

-Masukkan sebahagian tanah ke dalam pasu. -Gambar 2



Langkah 3

-Tanggalkan beg semaian dengan teliti sebelum sendaiyan dimasukkan ke dalam pasu.



Langkah 4

-Masukkan sendaiyan ke dalam pasu dan sedikit tanah lagi diperlukan bagi memastikan tumbuhan itu berada dalam keadaan seimbang.

-Masukkan air secukupnya hingga satu pertiga daripada permukaan pasu.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker