Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Dataran Seremban lokasi santai



TAMAN semakin menjadi suatu keperluan untuk mengisi naluri manusia dan alam sekitar kerana manusia serta alam sekitar saling memerlukan antara satu sama lain.

Majlis Perbandaran Seremban (MPS) memanfaatkan ama nah itu dengan berusaha memastikan keindahan alam sekitar di kawasan perbandaran sentiasa ceria dan menarik perhatian warganya.

Menyedari tanggungjawab itu, Seremban dibangunkan me nerusi strategi bersepadu dan lestari dengan mengekalkan unsur tradisi serta keseimbangan ekosistem.

Biarpun kian dihimpit perkembangan urbanisasi pesat dan kos hartanah yang semakin meningkat, usaha mengekalkan imej, tradisi serta identiti tetap diberi keutamaan oleh MPS selaku pihak berkuasa tempatan.

Inisiatif mesra alam menjadi salah satu komponen teras pembangunan bandar Seremban selain kehijauan yang di kekalkan.

Malah, Seremban juga dimajukan selari dengan konsep mesra pelancong, indah dan bersih apabila banyak kawasan rekreasi yang baru dibina atau sedia ada dibaik pulih supaya lebih menarik dan berfungsi.

Antara kemudahan terbaru ialah Dataran Seremban, ter letak berhadapan perhentian bas untuk memudahkan warga kota bersantai sementara menanti waktu pelepasan selain Taman Tasik Seremban yang akan berwajah baru tidak lama lagi selepas kerja menaik taraf siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Dataran Seremban yang dulunya terbiar kerana terletak berhampiran sebuah pusat komersial terbengkalai kini ceria dengan keindahan landskap menarik dan mampu mengamit kedatangan ramai untuk bersantai.

Projek membina dataran yang luas dan menarik dengan keindahan landskap serta pancutan air unik itu menelan belanja kira-kira RM1.5 juta dan baru saja dibuka kepada orang awam pada awal bulan ini.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latif, berkata Dataran Seremban terletak di tengah pusat bandar adalah kemudahan terbaru disediakan untuk orang ramai sekali gus menjadi mercu tanda bagi ibu negeri ini.

Beliau berkata, kawasan seluas padang bola itu yang sudah dinaik taraf diharap dapat memberi imej menarik kepada bandar ini sesuai dengan statusnya sebagai ibu negeri.

“Dataran Seremban diharap akan dapat memberi kemu dahan dan keselesaan untuk warga bandar ini beriadah bersama keluarga selain memberi imej baik kepada ibu negeri ini.

“Keunikan panorama taman itu pasti mempesonakan ke rana keindahan kawasan di tengah-tengah pusat bandar yang diharap mampu menarik perhatian pelancong luar untuk berkunjung ke bandar ini,” katanya.

Sudah menjadi kebiasaan sesiapa yang berkunjung ke situ menghabiskan masa lebih sejam melihat keindahan yang memberikan satu ketenangan terutama di kalangan mereka yang berkeluarga.

“Dataran ini perlu dijaga kerana ia penting untuk alam sekitar dan keperluan manusia selain menampung semua bentuk keperluan riadah penduduk setempat serta warga bandar ini.

“Malah, keindahan Dataran Seremban juga mencerminkan imej bandar Seremban sebagai ibu negeri yang sedang menuju ke era kemajuan ke tahap membanggakan di masa depan,” kata Abdul Halim.

Beliau berkata, setiap sudut akan dipastikan kebersihannya dan tiada pihak yang cuba merosakkan tanaman atau land skap yang direka khas.

“Taman ini adalah hak orang ramai yang perlu dijaga kebersihannya malah ia mampu memberi imej baik kepada bandar sekali gus dimanifestasikan dalam kehidupan ber masyarakat," katanya.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker