Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Tukar pasu saiz besar



KEINDAHAN taman yang diserikan dengan pelbagai jenis tanaman tentunya sedikit terganggu dengan kehadiran be berapa pokok layu dalam pasu.

Situasi itu secara langsung mengganggu usaha anda untuk menampilkan suasana hijau di taman.

Hakikatnya, anda perlu tahu bahawa tanaman hiasan yang ditanam dalam pasu semakin hari kian membesar dan saiznya pula mungkin tidak sepadan dengan pasu yang digunakan.

Menyedari situasi itu, anda tidak perlu berlengah kerana pokok dalam pasu itu harus dialih ke dalam pasu lain yang lebih sesuai.

Antara beberapa tanda yang boleh menjadi petunjuk waktu sesuai untuk anda menukarkan pasu ialah tanaman tidak lagi mengeluarkan jumlah daun yang banyak seperti biasa.

Akar tanaman pula kelihatan terkeluar dari pasu dan apabila anda menyiram tanaman hiasan itu, didapati air keluar dengan kadar luar biasa pada bahagian bawah pasu.

Bagaimanapun, dalam melakukan aktiviti menukar pasu, beberapa perkara asas termasuk penjagaan perlu dititik beratkan.

Lebih tepat sekiranya anda menggunakan pasu baru yang mempunyai saiz lebih besar berbanding pasu lama.

Pada masa sama, buang semua daun dan batang yang mati, berpenyakit atau reput untuk mengelakkan sebarang jang kitan serta mengganggu tumbesaran pokok.

Apabila proses menukar pasu selesai, anda digalakkan supaya terus menyiram tanaman hiasan itu dan berhenti apabila air sudah mula keluar di bahagian bawah pasu.

Elakkan bahagian bawah pasu atau akar tanaman hiasan terendam dalam air kerana membuatkannya mudah reput atau mati.

Sebenarnya proses menukar pasu bukan hanya sesuai untuk tanaman hiasan yang sudah membesar, malah boleh di lakukan untuk mengekalkan kesuburan tanaman sekiranya kelihatan tidak bermaya.

Langkah menukar medium tanaman bersesuaian serta memastikan sistem pengaliran air dan udara berjalan lancar, pasti membuatkan tanaman hiasan kembali segar.

Biarkan tanaman hiasan dalam pasu baru berada dalam persekitaran semula jadi supaya mudah membesar dan tidak terbantut tumbesarannya.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker