Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Buaian asli gamit nostalgia



BUAIAN agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak turun temurun sehingga `keindahannya' sering digambarkan melalui bait-bait lagu, membuktikan maksud kemeriahan tatkala bermain peralatan itu.

Kini, walaupun buaian sudah berubah bentuk mengikut peredaran zaman, namun, masih ada masyarakat terutama pencinta warisan Melayu tetap utuh mengekalkan reka bentuk asalnya.

Bagi mereka, buaian bentuk asli dan klasik adalah lebih menarik pandangan mata jika dibandingkan buaian moden terutama dari segi ukiran, corak atau rekabentuk.

Malah, buaian seumpama itu jarang dapat dilihat generasi muda masa kini lantaran golongan terbabit banyak dipengaruhi buaian yang lebih moden.

Sebab itulah, bagi mengekalkan ia daripada `lekang dek panas, lapuk dek hujan', ada segelintir peminat landskap dan dekorasi lebih suka meletakkan buaian klasik di ruang laman atau beranda rumah sebagai tatapan umum.

Selain digunakan tempat bersantai bersama keluarga di waktu petang, ia juga dijadikan sebagai satu hiasan dekorasi yang agak unik serta jarang dipamer atau dimanfaatkan individu sebelum ini.

Ini kerana, ada antara buaian dibuat melalui kreativiti yang tersendiri, selain direkabentuk berdasarkan bahan semula jadi seperti batang nibung, buluh dan kayu hutan sebelum ia diubahsuai semula menjadi buaian yang agak unik.

Sebagai contoh, ada buaian turut dihasilkan daripada pangkal pokok terbuang sebelum ia dikitar semula menjadi buaian yang cukup unik serta sukar didapati di mana-mana sekarang.

Selain itu, tidak dinafikan buaian akan kelihatan lebih indah serta ceria jika pemiliknya tahu `memadankan' jenis pokok tanaman sama ada tumbuhan renek berdaun atau berbunga yang difikirkan sesuai diletakkan bersebelahan dengannya.

Tambahan pula, jika buaian klasik itu dihasilkan melalui ukiran kreativiti tangan, tentu ia akan menampakkan lagi daya impak lebih menarik serta memukau mata yang melihatnya.

Bagi peminat landskap, buaian sebenarnya memberi banyak peluang kepada mereka untuk mengindahkan lagi laman rumah terutama taman mini kerana alatan terbabit mempunyai kriteria yang tersendiri.

Selain dapat digunakan sebagai tempat berendoi di waktu petang, ia juga berfungsi sebagai satu daya tarikan utama kepada pemilik atau tetamu untuk terus `berkurung' di kawasan itu lantaran tertarik pada keindahan dan kehijauan taman berkenaan.

Cuma bezanya, cara penyusunan, kreativiti dan ilham pemiliknya saja bakal menentukan sama ada buaian itu sesuai diletakkan di beranda, laman rumah atau sebaliknya.

Namun, bagi memastikan ruang atau laman rumah tidak kelihatan `serabut' dengan pelbagai barangan hiasan lain, pemilik hendaklah peka ketika hendak meletakkan buaian berkenaan.

Bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku, pemilik sebenarnya boleh menggunakan barangan hiasan yang difikirkan ringkas untuk dipadankan dengan buaian.

Sebagai contoh, jika pemiliknya enggan menggunakan tumbuhan berbunga sebagai hiasan, mereka juga boleh memanfaatkan tempayan tanah liat atau terracotta sebagai pengganti.

Apa yang pasti, gandingan antara tempayan antik dengan buaian itu akan menimbulkan nostalgia berbeza, seolah-olah pemiliknya berada di zaman Melayu silam.



Keterangan Gambar:

1.CANTIK...buaian klasik itu sesuai dijadikan hiasan pada laman rumah.

2.UNIK...pangkal pokok terbuang dikitar semula untuk dijadikan satu buaian yang agak unik dan menarik.

3.KREATIF...buaian seperti ini diletakkan pada ruangan yang agak terhad dan sempit.

4.PELIK...bukan kerusi tetapi ia adalah buaian yang tidak menggunakan sebarang tali, sebaliknya menggunakan engsel beroda untuk menggerakkannya.

5.BESAR...buaian ini sesuai diletakkan di laman yang luas kerana saiznya yang agak besar serta selesa itu.

6.SEPADAN...tumbuhan renek berbunga dan menjalar ditanam berhampiran buaian bagi memastikan suasana laman sentiasa ceria dan indah.

7.SESUAI...pasu tanah liat sesuai diletakkan berhampiran buaian klasik bagi menimbulkan suasana zaman silam.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker