Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Pokok lidah jin penyeri taman



MENGUNJUNGI kediaman yang dilengkapi konsep landskap terbaik di laman tentunya kita tidak terlepas pandang pokok lidah jin atau sansevieria trifasciata 'laurenti' di segenap penjuru.

Keadaan daun, warna dan tekstur semula jadinya yang mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis konsep laman membuatkan ia sering menjadi pilihan utama.

Proses tanaman yang mudah dan tidak memerlukan penjagaan rapi sekali gus memberi kelebihan kepada pokok itu menjadi penyeri utama laman.

Malah ia juga antara tanaman yang sesuai diletakkan pada ruang kediaman apatah lagi mempunyai sistem pengaliran udara terbaik.

Berikut kaedah menanam dan menghias lidah jin untuk melengkapi ruang kediaman hasil kreativiti anda Melati Evergreen Enterprise:



Bahan-bahan:

-Sediakan pasu bersaiz besar dan tinggi, tanah organik yang sudah dicampur sabut kelapa, sabut kelapa, batu hiasan dan peralatan berkebun seperti sarung tangan dan gunting. -Gambar 1

Langkah 1

-Letakkan sedikit sabut kelapa atau batu hiasan pada dasar pasu bagi membantu sistem pengudaraan dan pengaliran yang baik.

-Masukkan sedikit tanah organik yang sudah dicampur sabut kelapa hingga setengah pasu atau mengikut kesesuaian pokok lidah jin itu.-Gambar 2

Langkah 2

-Tanggalkan pokok lidah jin daripada beg semaiannya dengan teliti dan masukkan ke dalam pasu berkenaan.- Gambar 3

Langkah 3

-Masukkan sedikit lagi tanah bagi membantu kedudukan lebih seimbang.

-Dua pokok boleh diletakkan dalam pasu yang sama bagi menyerlahkan kreativiti dan keindahan ruang. -Gambar 4

Langkah 4

-Masukkan sebahagian lagi tanah dan serikan permukaan pasu dengan batu hiasan atau sabut kelapa.- Gambar 5

INFO

-Sebaik saja selesai proses menanam pokok lidah jin, siram secukupnya dan tempatkan ia di ruang yang sesuai.

-Pokok berkenaan perlu dibaja sekurang-kurangnya sekali sebulan.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker