LATAR keindahan taman berkonsepkan Bali tidak kurang hebatnya dalam menyerlahkan suasana semula jadi, tenang dan mendamaikan.
Dalam merealisasikan keindahan itu, pelbagai aspek perlu diambil kira supaya segala yang ingin ditonjolkan pada taman benar-benar menarik.
Kehadiran pasu dekoratif Bali antara pelengkap utama taman Bali dan kepelbagaian motif yang dihasilkan mampu menyuntik visual pemandangan berbeza.
Tidak semestinya pasu dekoratif berkenaan perlu diletakkan pada taman secara bersendirian tanpa dihiasi kehijauan pokok dan elemen hiasan taman yang lain.
Tidak semestinya pasu kreatif itu hanya sesuai untuk taman Bali semata-mata, kerana kreativiti anda sebenarnya boleh mengubah suasana taman pelbagai konsep.
Berikut cetusan idea Melati Evergreen Enterprise di No PT 8734, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur mengenai teknik menghias taman menggunakan pasu dekoratif Bali.
Bahan-bahan:
Pasu dekoratif Bali, pokok furcraea gigantea 'striata,' tanah organik, sabut kelapa, pokok bunga lantana camara 'sun dancer' atau pokok bunga tahi ayam dan peralatan berkebun seperti gunting dan sarung tangan.
Langkah 1
Tutup lubang pasu menggunakan sabut kelapa dan ma sukkan sedikit tanah. - Gambar 2
Tanggalkan pokok furcraea gigantea 'striata' dari plastik semaiannya dan potong bahagian bawah kerana akar pokok berkenaan berada pada bahagian atas.
Kaedah itu digunakan supaya furcraea gigantea 'striata' membesar dalam keadaan mendatar bukannya menegak.
Langkah 2
Masukkan furcraea gigantea 'striata' ke dalam pasu dan letakkan tanah di sekelilingnya.
Langkah 3
Selepas itu, pokok hiasan renek seperti lantana camara 'sundancer' diletakkan sekeliling furcraea gigantea 'striata' sebagai penyeri.
Caranya, anda perlu menanggalkan plastik semaian lantana camara 'sundancer' itu.
Langkah 4
Masukkan sedikit lagi tanah dan padatkan dalam mem bantu tumbesaran furcraea gigantea 'striata' dan lantana camara 'sundancer.'
Sabut kelapa digunakan untuk menutup permukaan pasu dan antara elemen hiasan yang menarik.
>INFO
Pasu dekoratif Bali, furcraea gigantea 'striata' dan lantana camara 'sundancer', antara pokok yang perlu terdedah kepada cahaya matahari.
Siram sebaik saja ia ditanam.
Perlu dibaja seminggu selepas ditanam.