Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Setia Alam kekal hijau



MELETAKKAN pemuliharaan alam sekitar sebagai aspek paling utama dalam setiap pembangunan hartanahnya, SP Setia Berhad kali ini memanfaatkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2008, baru-baru ini.

Bertempat di Setia Alam, Shah Alam, Selangor, program yang mendapat sambutan hangat di kalangan semua ka kitangan tempatan dan di Vietnam itu bertujuan mening katkan kesedaran semua pihak.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin, sebanyak 2,000 pokok ditanam untuk mengurangkan 1600 tan karbon dioksida dalam udara.

“Pada masa yang sama kakitangan juga diberi pokok percuma untuk di tanam pada kawasan kediaman ma sing-masing.

“Malah program kitar semula turut mempromosikan 3R iaitu 'Reduce' (pengurangan), 'Reuse' (guna semula) dan 'Recycle' (kitar semula) untuk menyelamatkan dunia,” ka tanya.

Tidak dinafikan Setia Alam antara lokasi kediaman yang sering menjadi tumpuan ramai kerana pelbagai keistimewaan dan usaha mengekalkan keindahan alam sekitar selama ini.

Bukan sekadar konsep pemuliharaan alam sekitar menjadi daya tarikan utama, malah reka bentuk atau binaan setiap kediaman di situ tampil berbeza dan memukau.

Lebih membanggakan kerana setiap kediaman dilengkapi dengan sistem pengaliran udara sempurna dan kombinasi antara ruang selesa dengan ruang pergerakan.

Walaupun masih dalam projek pembangunan, sebahagian kediaman sudah mula didiami dan secara langsung me wujudkan komuniti harmoni.

Di samping itu, pelbagai kemudahan disediakan sebagai mengimbangi gaya hidup masyarakatnya selain menjamin situasi kehidupan lebih sempurna.

Taman rekreasi dan riadah berlandskap semula jadi mem bantu amalan gaya hidup sihat sepanjang masa.

Kewujudan dua pusat komersial di lokasi stategik itu juga melancarkan segala urusan setiap pemilik kediaman termasuk membeli-belah.

Bagaimanapun, Setia Alam mudah dihubungkan melalui Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) dan hanya lapan minit dari Subang, 10 minit dari Damansara dan 20 minit dari Jalan Duta menjadikan ia cukup strategik.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker