MENAMPILKAN konsep reka bentuk taman moden tro pika bagi kediaman jenis berangkai memerlukan kreativiti dan ketelitian yang tinggi.
Konsep yang sering diguna pakai itu cuba menekankan penggunaan elemen dan metarial serba ringkas mengikut fungsi dan elemen berbeza.
Bagaimanapun, aspek keseimbangan dan kesinambungan antara kediaman dan taman amat penting.
Sebagai permulaan, ruang masuk ke kawasan garaj kereta perlu dihias indah sementara antara ruang hadapan pintu masuk ke kawasan teres rumah sesuai dilengkapi tanaman rumput.
Binaan struktur kemasan dinding pada kawasan garaj itu juga secara tidak langsung meningkatkan kesan visual dari segi fungsinya sebagai tirai dan mempelbagaikan peman dangan.
Seterusnya kehadiran pergola di kawasan teres atau men datar di laman pula berfungsi sebagai kawasan teduhan di samping mewujudkan suasana nyaman untuk bersantai ber sama keluarga.
Ruang berkenaan dapat mengindahkan lagi pemandangan taman dengan adanya pokok memanjat yang ditanam pada jaringan pergola itu.
Struktur menarik tanaman memanjat berdaun juga mem punyai daya tarikan kuat dari segi visual selain membentuk suasana harmoni kepada keseluruhan taman.
Tidak ketinggalan penggunaan pasu hiasan di bahagian kiri dan kanan taman bertindak sebagai daya tarikan dan dapat memberikan variasi kepada visual taman.
Sementara batu pemijak tidak kurang menariknya dalam memainkan peranan sebagai penunjuk arah laluan dari kawasan hadapan ke kawasan tengah dan seterusnya ke belakang taman.
Susunan batu pemijak secara rawak bertujuan memastikan visual taman tidak kelihatan terlalu kaku.
Secara tidak langsung senario berkenaan dapat memberikan sentuhan estetika dan merangsang deria.
Penggunaan elemen air adalah penting dalam sesebuah taman kerana air menjadi komponen utama yang me nyejukkan mata memandang dan kesan bunyi yang di hasilkan.
Pepohon hijau, bunga-bungaan dan binaan kolam di taman keseluruhan menjadi pelengkap utama apa jua konsep ta man.
Ia lebih menarik jika binaan pelantar kayu dan hiasan pot dekoratif di sekelilingnya turut menjadi reka bentuk pilihan sebagai laluan hubungan kawasan dalam rumah (ruang makan) ke bahagian taman.