KEPELBAGAIAN idea dekorasi turut meletakkan konsep ringkas antara pilihan utama pemilik kediaman kerana faktor masa dan kesibukan.
Bagi kediaman teres, konsep berkenaan dilihat tepat kerana padanannya mampu menguasai sebahagian besar ruang di tingkat bawah.
Selesa dengan konsep bergaya ringkas, anda tentunya lebih arif dalam pengubah suaian kediaman sendiri khususnya dalam membentuk penataan di ruang tamu.
Pilihan paduan sofa kulit hitam berkaki logam dengan sofa berfabrik kuning air serta kehadiran bangku segi empat berkaki kayu pastinya menyerlah kelainan pada ruang ber kenaan.
Dalam menepati ciri semula jadi, kemasan lantai jubin berkilat warna tanah dicadangkan untuk diselarikan dengan keseluruhan penataan.
Seterusnya binaan dinding tumpu berasaskan susunan batu pasir memberikan kesan suasana berbeza di ruang tamu.
Keindahan ruang dapur tidak seharusnya diabaikan apatah lagi bagi yang mempunyai ruang dapur kering dan basah.
Kemasan dinding dapur kering tidak semestinya meng gunakan jubin berkilat seperti kebiasaan dan boleh diganti dengan kemasan kaca yang mudah dibersihkan.
Ruang dapur kering pula perlu dilengkapi sistem ruang penyimpanan ringkas, tetapi praktikal.
Prihatin kepada penampilan ruang keluarga di tingkat atas membuatkan anda memberi perhatian kepada konsep pe nataannya.
Lebih menarik jika ruang berkenaan dilengkapi rak gantung dan kabinet ringkas bagi menempatkan alat pandang dengar selain alat bersenam bersebelahan tingkap.
Penataan bilik tidur utama pula turut diberi sentuhan gaya ringkas dengan menyelitkan unsur moden menerusi pilihan kemasan cadar dan fabrik langsir.
Sementara itu, penataan ceria dan harmoni di bilik sekecil juga boleh diserlahkan melalui pilihan perabot ringkas dan terjamin keselamatannya.
Penggunaan katil bujang berlaci, meja belajar berukuran panjang dan rak terbuka berfungsi sebagai tempat pe nyimpanan alat permainan mampu memberikan ruang selesa dan pergerakan tanpa had.