MENGILHAMKAN kediaman yang indah serba lengkap menuntut pelbagai penelitian dan kesesuaian supaya dapat diselarikan dengan citarasa serta arus kemodenan global.
Meletakkan citarasa dan kehendak pemilik kediaman se bagai aspek paling utama untuk segala reka bentuk dan konsep taman, Aman Perdana menginspirasikan segalanya.
Terletak di Klang, Selangor, projek hartanah yang di majukan Mah Sing Group itu antara lokasi paling stategik kerana jauh dari kesibukan kota dan keindahan alam masih terpelihara.
Bermula dengan laluan masuk, saujana indah latar landskap semula jadi dengan binaan air berpancuran memberikan pemandangan menarik.
Bakal pemilik Aman Perdana turut berpeluang mengun jungi rumah contoh projek perumahan itu yang dilengkapi reka bentuk luaran konsep binaan tradisional dan moden serta penataan dekorasi memukau.
Menurut Timbalan Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan Mah Sing Properties Sdn Bhd, James A Bruyns, usaha membawakan konsep binaan, penataan dan latar taman itu bagi menghargai pemilik kediaman projek perumahan itu.
“Ia bagi memberi panduan kepada pemilik kediaman di sini memilih konsep dekorasi dan taman terbaik sesuai dengan citarasa mereka.
“Konsep kehijauan alam dan dekorasi terus diberi ke utamaan,” katanya.
Buktinya setiap lapan buah rumah contoh merangkumi kediaman berangkai dan banglo membawa segala keunikan penataan ruang dan taman yang memukau pandangan.
Bukaan yang agak luar dengan latar pemandangan laman di luar sana membuatkan ruang dalaman tampak sesuai di serikan dengan perabot ringkas dan moden.
Sentuhan kreatif latar dekorasi ruang tamu menyerlah dengan kemasan fabrik langsir, perabot eksklusif dan lantai berlamina menyuntik gaya moden kontemporari.
“Setiap ruang disusun atur kemas mengikut fungsi ruang dengan mengetengahkan aksesori lengkap sebagai elemen utama.
“Sistem pencahayaan segenap inci ruang mampu me nyerlahkan kesan dramatik dan nilai estetika pada rekaan kediaman,” katanya.
Menjenguk penataan di ruang makan pula, bakal pembeli kediaman Aman Perdana itu tentunya terpegun dengan idea interaksi ruang yang diketengahkan.
Ibarat menikmati hidangan sambil bersantai dapat di terjemahkan pada gaya penataan ruang makan pemilik kediaman itu.
Pilihan set meja makan bergaya moden ringkas tidak kurang hebatnya dan suasana mewah eksklusif dapat digambarkan apatah lagi dalam meraikan tetamu.
Seterusnya penataan ruang kamar dibiarkan ringkas kerana ingin memastikan elemen keselesaan menjadi agenda uta ma.
Motif abstrak dan fabrik polos menjadi daya tarikan utama dalam mengimbangi suasana ruang lebih luas dan me ngekalkan sistem pengaliran udara terbaik.
Anda yang berminat mengunjungi kediaman contoh dan galeri jualan Aman Perdana boleh menghubungi talian 03-32913666 atau layari www.mahsing.com.my