Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Bonsai gaya keinggerisan



BONSAI biasanya menjadi bahan yang cantik untuk meng hiasi laman rumah anda.

Manifestasi daripada bonsai yang disifatkan pokok renek yang menawan, memberi ilham tersendiri kepada penggubah bunga (hidup atau tiruan) untuk menjadikannya gubahan tersendiri dan seolah-olah bonsai tiruan.

Bagi pemilik kedai bunga Cempaka Sari Flora, menga badikan ‘popiary’ atau bonsai gaya keinggerisan, Khaty Hanita Ngalim menyatakan proses menggubah bunga itu amat ringkas dan senang dipelajari.

“Menghasilkan seni gubahan bonsai, seseorang itu perlu mengeluarkan kreativiti yang ada dalam dirinya selain mesti rajin mencuba untuk mencari kelainan.

“Oleh kerana ‘popiary’ semakin popular sedangkan cara menggubahnya memang senang, saya bersedia mengajar suri rumah atau mereka yang berminat mengisi masa senggang untuk gubahan ini.

“Saya sedang berusaha mengadakan kelas bagi mereka yang ingin mempelajari pelbagai teknik lain untuk gubahan bu nga,” katanya.

Bekas eksekutif di sebuah syarikat swasta terkenal ini berasakan keputusannya meninggalkan jawatannya yang di buat tiga tahun lalu tidak silap justeru bidang perniagaan lebih mendorong minatnya.

Mengakui minatnya yang mendalam dalam bunga-bungaan menyebabkan dia memanfaatkan kemahiran itu untuk masa depannya.

“Dalam apa saja bidang yang diceburi, yang terpenting adalah keseronokan ketika melakukannya. Macam saya, terlalu meminati bidang gubahan bunga dan berusaha se baik-baiknya untuk menjadikannya bidang komersial yang boleh menjamin masa depan.

“Selain itu, saya tidak lokek berkongsi kemahiran itu dengan orang lain supaya dapat mempelajarinya dan boleh menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Sebarang maklumat boleh kunjungi tingkat bawah Car refour (sebelah KFC), Subang Jaya, Selangor atau hubungi: 019-2601 879 atau emel kepada: pink8power@yahoo.com



Bahannya:

  • Span, bunga, pasu kecil, gam elektrik, ranting bunga (terbuang) dan riben.



    Langkah 1

  • Potong span mengikut kesesuaian pasu dan letakkan lumut hiasan pada permukaan span menggunakan gam elektrik.



    Langkah 2

  • Cucuk batang bunga terbuang di tengah pasu dan span dengan bentuk sesuai diletakkan pada bahagian atas untuk membentuk satu lagi gubahan bunga.



    Langkah 3

  • Susun kedudukan bunga kecil pada bahagian bawah span

  • Potong bunga besar untuk dicucuk pada bahagian atas span (yang sudah dibentuk sebelum ini).

  • Susun kedudukan kuntuman bunga besar mengikut kreativiti anda.



    Langkah 4

  • Masukkan elemen hiasan seperti ranting pokok untuk menambah gaya

  • Gubahan riben sesuai dijadikan penyeri pada bahagian tengah batang bunga.


  •  
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker