Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Variasi pilihan pengantin



MAJLIS perkahwinan pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat dan lebih bermakna dengan penataan sempurna pelamin, gubahan hantaran dan dandanan seri pengantin.

Kepelbagaian konsep dan pakej perkahwinan di pasaran memberikan variasi pilihan kepada raja sehari.

Dalam usaha menzahirkan impian setiap bakal pengantin, Promosi Kerja Kahwin 2008 kini sedang berlangsung di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Dianjurkan Kraftangan Malaysia, ia dijangka berakhir 6 Julai ini dan dibuka jam 10 pagi hingga 8 malam.

Melangkah ke ruang pameran yang menempatkan pelbagai tata hias pelamin dalam keunikan konsep tersendiri pastinya membuatkan anda rambang mata.

Setiap daripadanya mempamerkan keindahan seni dekoratif, rekaan dan gaya masa kini yang kian digemari.

Apatah lagi ia membabitkan persiapan majlis perkahwinan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak, Orang Asli, Baba Nyonya, Punjabi, Siam dan Portugis.

Bagi pereka pelamin Butik Pengantin Alyuno, Noor Lailah Mahbob, kepelbagaian permintaan bakal pengantin untuk mewujudkan suasana berbeza di majlis perkawinan secara tidak langsung mendorong rekaan terbaru dihasilkan.

“Kini ramai bakal pengantin gemarkan suasana perkahwinan eksklusif khususnya konsep rekaan pelamin dan elemen warna yang diketengahkan,” kata Noor Lailah yang turut mempamerkan pelamin Anyaman Alyuno.

Seterusnya antara rekaan pelamin lain yang mencuri perhatian ialah Seri Keningau Wedding, Butik Perkahwinan Fiza dan Satri's.

Sementara itu kreativiti dan sentuhan seni pada setiap cenderahati untuk tetamu juga menjadi pelengkap utama majlis perkahwinan.

Di gerai Meliana's, anda boleh dapatkan pelbagai cenderahati dan bunga pahar menarik berasaskan coklat, gula-gula dan anak patung kecil.

“Cenderahati dan bunga pahar yang unik dan berbeza pastinya menjadi tumpuan bakal pengantin selain menjadi kenangan paling menarik,” kata pemilik Meliana's, Basserah Bidin.

Bukan sekadar dekorasi pelamin, cenderahati dan bunga pahar menarik yang ditawarkan menerusi Promosi Kerja Kahwin 2008, malah ia turut membabitkan pelbagai pengisian lain berkonsepkan perpaduan, nilai komersial dan pendidikan.

Kunjungi jualan produk dan perkhidmatan perkahwinan, pameran produk kraf perkahwinan serta interaktif di laman seni perkahwinan.

Aktiviti kerja kahwin bersama pengunjung seperti demonstrasi kraf, ragam masakan pengantin, pertandingan seni perkahwinan dan interaktif seni perkahwinan juga menjadi tumpuan.

Pada masa yang sama persembahan kesenian tiga kaum bagi meraikan sambutan majlis perkahwinan seperti muzik Melayu asli, muzik asli Cina seperti Dou Er-Hu dan Ghuzheng serta muzik asli India iaitu seruling buluh dan tabla.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker