Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Dekorasi rimba unsur Bali



KONSEP unik dalam mengetengahkan dekorasi rimba berunsurkan Bali sebagai daya tarikan istimewa ditampilkan sepenuhnya untuk mencipta kelainan yang sukar ditemui di tempat lain.

Itulah antara keistimewaan Restoran Batu Keras (Hard Wood) di Seremban 2, Negeri Sembilan yang menjanjikan kelainan untuk menjamu selera.

Ukiran kayu jati tempatan direka khas menjadi tempat menjamu selera di kawasan luar restoran manakala atapnya menggunakan lalang kering dipasang kemas adalah sesuatu yang unik dan sukar didapati di tempat lain.

Dua kolam yang satunya terletak di antara dua bangunan bersambung dan satu lagi di tepi wakaf yang juga beratapkan lalang, memberi suasana berbeza sambil menjamu selera dalam suasana bersantai.

“Kami ingin mengetengahkan konsep Bali di restoran ini kerana saya pernah ke sana.

“Bagaimanapun, saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk melihat suasana landskap ini lebih menarik daripada apa yang dilihat di Bali,” kata pemilik restoran, Nor Farina Abdul Rahman, 42.

Setakat ini, dia mengeluarkan kira-kira RM150,000 untuk membina keseluruhan bangunan dan landskap di restoran itu.

“Masyarakat bandar kini lebih suka suasana kampung ketika menjamu selera bagi menghilangkan tekanan kerja di pejabat.

“Idea yang saya dapat ketika melawat Bali digabungkan dengan panduan dalam beberapa majalah dekorasi,” katanya yang merancang meningkatkan keindahan landskap itu pada masa depan.

Menghias laman restorannya ialah pelbagai jenis pokok bunga seperti kemboja selain pisang tanah, sakat dan pokok pakis manakala di suatu sudut dengan kerusi kayu jati ala Bali.

Nur Farina berkata, keistimewaan hasil seni rimba seperti yang didedokasikan di kawasan restoran itu membawa senario kita sentiasa dekat dengan alam dan desa.

Beliau berkata, menampilkan sesuatu yang berbeza bukan sekadar menggunakan bahan moden dan mahal tetapi memerlukan kreativiti tinggi.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker