Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Gubah herba pasu seramik



KREATIVITI gubahan berasaskan herba tidak kurang hebatnya dalam mempelbagaikan bentuk cenderahati dan hiasan rumah.

Meneruskan kesinambungan usaha memartabatkan produk seni rimba yang sering berhubung kait dengan herba, membuatkan Attitude Planet Art (APA) berkongsi idea dekoratifnya.

Menerusi Kursus Gubahan Rempah Ratus yang diadakan di Jabatan Pertanian Serdang, Selangor baru-baru ini, kraf kreatif berkenaan turut diketengahkan.

Anda yang berminat boleh berkunjung ke APA di No 5, Jalan 3, Taman Titiwangsa, Hulu Langat, Selangor.

Berikut kaedah menghasilkan gubahan herba pasu seramik:

Bahan-bahan:

-Pasu seramik, tisu, sekuntum bunga ros yang dibuat daripada daun nipah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan beberapa herba lain mengikut kreativiti anda serta peralatan gubahan seperti gunting dan gam. (Gambar 1)

Langkah 1

-Masukkan tisu hingga penuh permukaan pasu dan lekatkan bunga ros menggunakan gam sebagai gubahan utama. (Gambar 2)

Langkah 2

-Mula menggubah dengan meletakkan semua herba secara kreatif dan kelihatan kemas menggunakan gam termasuk bunga cengkih. (Gambar 3)

Langkah 3

-Jangan lupa meletakkan buah pelaga sebagai penyeri gubahan berkenaan. (Gambar 4)



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker